Tuesday, January 26, 2010

Hari ni da ari rabu...mlm ni aku akn balik melka dgn Bas..dgn rasa sgt berat berat hati...kalo ikutkan hati  aku,aku x nk balik melka arini..namun apekan daya..esok ada kuiz Operation control..so nk x nk kene balik gak..tmbah2 mgu dpn aku ada test lg..Nase baik keadaan mak aku da makin Ok...senang ati aku..

Akak,abg dan ank buah aku da blk KL pg td...x sanggup bile aku tgk mak aku nanges...tp itula naluri seorang ibu..walaupon aku sebagai ank,namun aku paham...Bagaimanakah aku akn menghadapi situasi yg sama mlm ni sebelmom bertolak..aku x sanggup tgk semua tu..semOga Alllah tabahkan hati aku..

p/s:segala ujian itu dapat mendekati kite dgn Allah swt...

Keadaan mak aku x bnyak ber..ubah..maseh lesu..letih..x larat..mkn pon x nk..aku pon da buntu...ape harus aku dan kuarga ku buat lagi..kami cube buat yg terbaik..Allah sahaja yg tau hati kami ini..tida kata2..tiada ayat..tiada ape yg dpt ku gambarkan betapa sedih dan risau nye hati ni..

Aku pikirkan asg lagi kat melaka..aku arap mak aku makin Ok..kalo smua Ok..kemungkinan aku akn balik melaka esok..sb terlalu bnyak keje...

p/s:Ya ALLAH ya Tuhanku...ko sembuhkanla segala penyakit Bondaku..ko cekalkanlah hati kami semua...amin..

Sunday, January 24, 2010

Sayup2 kedengaran org memangil nama aku...dikala aku tidur lene tu agak pelik ada suara memangil2..mcm mimpi lak aku rs..bile buke je mata..mmg pasti aku x mimpi..rupenye akak aku y kejutkan aku..bonda aku nk g tandas..Bonda pening nk bngun n jalan..maka aku kene pegang n bawa g tandas..akak aku ada Baby..so x leh nk bangun..amat berat mata aku nk buka..aku toleh ke dinding..em..patutla mata berat gile nk buka..rupenye baru jam 4pagi..

aku gagahkan jg utik buka mata n bw mak g tandas..pastu buat air kat mak,mkn roti sikit..pastu aku pon turut tlg makan.ehehehhe..pastu sambung tdo..ahaks...then bangun balik nk smyg subuh dan sampai skng x tdO pon..

Pagi ni g beli breakfast dgn alOng sambil anta adik ke sekOlah..balik umah..aku suap bOndaku makn..alhamdulillah..aku senang sikit bile mak da ada selera nk mkn..walaupOn seleranye bkn mcm selera org sihat biasa..namun syukur alhamdulillah la..sekurang2nye nk mkn gak..sebelom ni x mkn lgsung..aku harap bonda kan sihat cpt...

P/S: i LOVE u mum!


MENGIKUT sejarah, Masjid al-Aqsa bermaksud 'Masjid Paling Jauh', terletak di Baitulmaqdis atau 'Jerusalem' bagi orang Yahudi. Masjid itu terbina di kawasan Haram al-Sharif atau ‘Temple Mount’ yang juga dituntut Yahudi kononnya menempatkan kuil yang pernah dibina di Baitulmaqdis.

Tidak jauh dari Masjidil Aqsa ialah Kubah Batu atau ‘Qubbat As-Sakhrah’ yang asalnya batu besar tempat Nabi Muhammad berdiri naik ke langit ketika peristiwa Israk Mikraj.

‘Qubbat As-Sakhrah’ yang kini dipanggil Masjid Kubah Batu juga dikenali sebagai Masjid Umar, tempat Saidina Umar al-Khatab bersolat ketika tiba di Baitulmaqdis.

Masjid al-Aqsa adalah tempat suci kepada umat Islam, begitu juga dengan ‘Qubbat As-Sakhrah’ dan kawasan sekitarnya kerana terletak dalam Haram al-Sharif. Keseluruhan kawasan ini dimaksudkan sebagai Masjidil Aqsa, bukannya al-Aqsa saja kerana al-Aqsa dibina selepas penaklukan Baitulmaqdis oleh tentera Islam. Nama masjid itu diambil sempena nama Masjidil Aqsa dalam al-Quran.

Masjid al-Aqsa ialah tanah suci ketiga selepas Makkah dan Madinah. Umat Islam percaya Nabi Muhammad SAW dibawa dari kota suci Makkah ke al-Aqsa pada malam Israk Mikraj. Masjid terbesar di Baitulmaqdis itu boleh memuatkan kira-kira 5,000 jemaah di dalam dan kawasan sekitarnya.
Ia pernah menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Baitullah al-Haram di Makkah dan menjadi masjid yang kedua dibina selepas Kaabah. Jarak masa pembinaan antara Kaabah dan al-Aqsa ialah 40 tahun.

Masjid itu pada awalnya sebuah rumah ibadat kecil dibina oleh Khalifah kedua Islam, Umar al-Khattab di kawasan seluas 25 hektar pada 638 Masihi (M), namun dibina semula dan diperluaskan oleh Khalifah Abdul Malik ibni Marwan dan disiapkan anak lelakinya Al Walid ibni Abdul Malik pada 705M.
Gempa bumi pada 746M memusnahkannya sebelum dibina semula oleh Khalifah Abbasiyah, Al-Mansur pada 754M dan diteruskan penggantinya, al-Mahdi pada 780M. Satu lagi gempa memusnahkan sebahagian besar al-Aqsa pada 1,033M, namun dua tahun kemudian Khalifah Ali az-Zahir membinanya semula yang kekal sehingga hari ini.

Ketika tempoh pengubahsuaian dijalankan, pelbagai dinasti pemerintahan Khalifah Islam membina ruang tambahan selain kubah, bahagian hadapan, mimbar, menara dan struktur dalaman
Apabila Tentera Salib menawan Baitulmaqdis pada 1,099M, mereka menggunakan masjid itu sebagai istana dan gereja, namun fungsinya sebagai masjid dikembalikan selepas ia dirampas panglima Islam, Sallahuddin al-Ayyubi. Kini kota lama itu berada di bawah kawalan Israel, namun Masjid al-Aqsa ditadbir wakaf Islam Pihak Berkuasa Palestin.

Dikala aku menulis blOg saat ni..lOkasi aku adalah d LCCT..tidak pernah aku terpikir nak berada di tempat di waktu ini..Assignment yg bertimbun kat Melaka x dapt aku hiraukan lg kerana ada benda yg lebih penting perlu aku buat iaitu..B.A.L.I.K kampung..

Pagi td aku bgn pgi..aku dpt msg dr kakak n ank buah..msg itu terkandung ttg kabaran bonda aku x sihat..bunyi nye agak serius sb sampai smua msg mcm tu..aku tanpa pikir ape2 kol bas nk g lcct n cube cr tiket..dipendekkan cerita tiket bas ada,tp tiket flight kene beli terus di LCCT..sebelom itu, aku teringatkan assginment PM Chong y nk kene submit esok..langsung x buat..cume ada mklumat y aku cari..sO kelam kabut aku buat kurang dr 2jam..aku terus anggap ia complete n mtk tlg saha printkan...itu je y aku mampukan dikala saat2 genting ni..

Kemudia..aku terus naik bas dan sampai di LCCT kol 4.30 dan berator utk bli tiket Flight..dan Alhamdulillah tiket maseh ada..walaopon harganye agak mahal..namun aku butakan mata demi bonda tercinta..dan flight aku kol 7.50..agak lambat lkg..maka dgn selamba aku lepak kt KFC berejam2 tanpa endahkan sesiapa..siap guna plug kat sini lg utk cas hp n laptOp..hahahh..(padan muka KFC)..ehehhe..

Skang da nk kol 6 da..aku rsa elOk aku g smyang dulu..zassssss....


p/s:dlm hati ini tetap tidak tenteram memikirkan keadaan bondaku...semoga smua akn Ok...Amin..

Friday, January 22, 2010

SUBUH:



Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.


Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.






ZOHOR:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.


Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya.


Rakaat ketiga:- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.


Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.






ASAR:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:


Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.


Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.


Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.


Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.






MAGHRIB:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:


Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.


Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.


Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.






ISYAK:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.


Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.


Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.


Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.









It was happened again..i was expected it will be happen and tonite...it really happend!i dont like this situation at all..why should i faced all this things?nobody cant understand me deeply enough..everybody juz pointed on me..YA ALLAH bagilah aku semangat dan kekuatan utk menempuhi semua ini..

Bagaimanakan ku mula dan apakah kata2..



yg indah diabadikan..


tiap wajah berbisa..tiap madah bererti..


manakah ilhamku..


cahya dimatamu..senyum dibibirmu terukir seribu tanda pertanyaan..


mungkinkah kau jua dlm kerinduan disaat begini aku merindukan






berhelai2 surat terbiar didpn ku tak dpt aku utuskan


ku ramas semua dan ku buangkan jauh dr pdgan


lalu aku kesal ku kumpul semula tak dpt kunyatakan apa y ku rasa


andai engkau tau gelora hatiku


mgkkah kau sahut jeritan batinku






dgrkanlah panggilanku...


dgrkanlah lagu utk mu...


angin lalu...


kau samopaikan


rasa rindu yg membara kpadanya





warna2 cintaku biar pudar bersama mlm yg gelap gelita


entahkan yg kau rasakan apa y tlh ku rasa


atau kau tak endah


tp ku percaya semua tlh tertulis dan niat suciku x kan dipersiakn


dan di suatu masa dihari y indah


kuhulur tgn ku lalukau terima...










Thursday, January 21, 2010


Nyum..nyum..nyum..sedapnye double prosperity burger ni..da lama aku idamkan..akhirnye lunch arini dpt gak mkn..mmmg best giler,lebih2 lagi org blnje..hohhoh~ciK SyiLa belanja sempena jd org kaya baru (OKB) dapat PTPTN..hehhehe...rasa da puas da..hehhe..pasni x yah nk terliur lagi..tP kalo ada  org nk belanja lg ape salhnye..hohoho~




dOubLe Prosperity..very delicious...

::fuTsaL


(ini bkn gambar sebanr..lupe lak nk amik gambr smlm..tp lebih krg mcm ni laa..eheheh)

Tanggal 22hb Jan 2010..pukul 12.30am..mcm x pecaya lak aku g main futsal dgn dak2 kelas aku..sebelom ni x penah pon join dorang main..sb aku bkn nye *STAR pon..ahahh..tp smlm x mcm mn terbuka lak pintu ati aku nk g main.mcm 1 transpormasi lak...ye la mana x nye..Shakban dgn semangat waja kol aku soh g main..pastu dak2 ni pon soh aku turun main..mcm satu isu dan tetibe rasa mcm pemes lak..hahha..lagi pon sblm ni klo aku wat pogram dorang support..so kali ni aku lak y support pogram dorang..walaupon x pandai sgt main aku tetap gagahkan kaki kau utk main..hahha..then...bile da main sonok plak rasa..hoho~nt lain kali kalo dorang ajak aku lg bole la main..hehheh..

p/S:thnks la pd semua kwn2 y support aku..kah3..

Tuesday, January 19, 2010

huhhh...da kol 2pg ni..tp keje x siap lg..tggal 1 soalan jek..huh..ini la penangan Facilities planning..hohoho...em..esok nk kene anta asg,pastu wat tuto..sape y naseb baik kene pick up wat kat depan..adoyai..da la aku ni HATE MOST kua dpn2 ni..kalo kua amik adiah LIKE MOST la..hehhe..arap2 la x kene sok..td aku da kene da..terkezut berok aku td..hahhaha...neway,da bersedia kot..da stdy da sikit,,kalo kene esok pon x da la selenga sgt..hehheheh

Monday, January 18, 2010

am i....??

I was hurt her..I did not mean so..Shes only my friend but she think vice versa..So,is this my fault?Im sorry friend..U juz my friend..I already have a special one...I am committed..Sory...

Alhamdulillah...rasa bersalah yg terbuku d hati selama ni akhirnye dapat di langsaikan jg arini..Perjanjian yg wajib aku langsaikan...Sem lepas..aku ada niat..kalo dpt dekan aku nk puasa..then..masa dpt result ari tu aku ragu2 nk puasa sb bdk2 ni ckp pointer utk dpt dekan dah di naikkan..so aku tangguhkan perjanjian aku tu...tambah2 banyak pulak dygaan kalo aku nk puasa..ye la aku g kls tumapang pali atau saha..so time drg mkn..aaauuummm..terliur la palk..ehehhe..tp sejak aku dpt result ari tu aku rs bersalah je..Allah da bg aku rezeki,ape yg aku nk da dpt..tp niat aku tu x di langsaikannye jg..so..rentetan dr itu la aku da bertekad hari Sabtu lepas aku mula puasa sampaila arini...Akhirnye pukul 7.23pm td hutang aku da langsai..syukur alhamdulillah sgt...aku x kirela betul2 dpt dekan ke x..aku tetap puasa gak..yang pasti Allah Taala da perkenankan doa aku...jadi skng aku rs lega......

***Lagi kurang lebih 23 minit..aku akanberasa L.E.G.A....23..22...21..

Saturday, January 16, 2010

adusS..ape la aku nk wat ni..jam da kol 12.10am..aku da baca smua soklan asg..3-3 sokaln asg aku bc..tP tetap x reti nak jawab...ape niii??????..it was stuck!dan aku nk tdOooOO..zzzzzzzzzzZZZZZZzzzz...

*****tensen nye!!!!!*****

Friday, January 15, 2010

:: BachelOr Degree Project ----> Pak Ip

:: Operation    ---------> Mr. SyafiQ

:: Facilities Planning --------> PM Khaled

:: Simulation --------> PM ChOng

:: Cad/Cam -------> En.Zolkarnain MajOm


::Inilah subjek aku sem ni..nampak sikit n simple..tp Ya Allah..student2 mereka sahaja yg tau hakikat sebenar..masing2 lecturer ada style masing2...huh..jenuh nk adopt smua tu...naseb 4BMFU la....

**Dgn PM Khaled yg hanya tau berbahasa Melayu perkataan "masalah" je..itu pon bunyi "mezeleh"..huuhh

**Mr Syafiq plak ingat kan org Rusia..tp katanye from Peneng tp x reti ckp Bm gak..kacukan India n Pakistan...betOl2 sleng UK tu...huh..nk tangkap perkataan tu mahunye menanah rasa telinga nk dgr dan paham..huuhhuh

**PM ChOng lak nampak sempoi,tp kls asik penuh je..menggunakan masa dgn Optimum..huhuhh..but nice la...

**En ZOL nmpak mcm Ok..tp x tau la ari2 mendatang...

p/s:

::org y paling di geruni adalah PM KHALED..huhuhh

Arini aku rasa mcm dapat semangat baru..dan terasa mcm baru 1st day masuk belajar..mana x nye..ari ni la aku baru nmpk ape yg aku perlu lakukan utk sem ni..td..pg2 lagi aku susun balik file,nota2 dan kemas elOk2 ape yg nk gune sem ni...baru la terang sikit haluan idup sem ni...hehhe..tp kesusahan subjek sem ni mmg x dapat dipertikaikan lg..nak2 subjek PM Khaled mmg aku x tau nk ckp ape..samapi skng x paham dan perangai die pon aku x paham..ape yg die nk dr student sebenarnye..mcm kerek je die..nk jp ms biasa pon x bole..nk jp time consultation hour saje..penin pala ku pikir..tp itulah hakikatnye PM Khaled..last result ni x tau la mcm mn..tp harapan agar semuanye lepas..mmg kalo bole nk result cemerlang..tp kalo da susah sgt nk cemerlang..asal lepas pon jadi la..aku nk keje da pas ni...x nk extend ke ape ke..nauzubillah la...

Harap2 ari lain pon mcm ari ni gak..ada semangat je nk stdy..tp semangat ari ni x kemana pon..juz kemas2 je..hehhehe..tp ada gak amik buku Facilities Planning td nk baca seklai tertdO lak..hehhe..minggu ni ada 3assgnment nk kene anta..tp 1 pOn x wat lg..PSm pon aku dah nk kene stat da mgu ni..mgu dpn nk kene jp pak IP..mgu ni x jp pon die..esok pg aku nk arrange balik data2 Sony utk PSM..nk g Print asg ponye soklan(bkn jwpn ek!)hehhehe..ape pon all d best utk aku n kawan2 lain...cayok3!!!

p/s:

::semOga sem ni lagi cemerlang dr sem lepas...
::gOod Luck utk semua!

Aku rasa sudah cukup lama aku berahsia dgn bdk2 umah aku..sejak sem lepas aku simpan rahsia ni sehinggakan pelbagai spekulas bdk2 ni buat..tapi aku tetap teguh membisukan diri tanpa menceritakan hal sebenar pasal TANDAS...huhuh

Mlm ni pengakuan ekslusif aku buat dlm blog aku ni..naseb baik x knl reporter..kalo x aku wat sidang akbar je terus bg memuaskan hati semua pihak..(ce wah..mcm ala2 artis la plak..)hahha..em..aku x sure la bdk2 ni maseh meneruskan spekulasi mahu pon berteka teki..maklumlah da satu sem yakni 6bln lepas benda ni berlaku...

Ceriteranye mcm ni...

***Pada suatu hari dikala keheningan pagi (aku x ingat la bp hb n hari ape,yg pasti time tu aku bngun nk bersiap g kelas)...Tetibe je aku rs nk kencing sangat2..lantas aku bngun nk masuk tandas..tp si SHuk plak duk *berkampOng dlm tu...aku da x tahan sgt2...maka aku amik keputusan masuk tandas bilik Ujang la..sekali...apelah naseb aku...masuk je tnda..tetibe lantai tu ajak aku bermain gelOngsOr maka aku pon jatoh..tp x da la jatOh mcm nangka busuk..aku sempat berpegang pd mangkuk tandas....aku ingat kan naseb aku da baek sb sempat berpegang pd mgkuk tandas..upe2nye tidak sama sekali..mangkuk tandas tu tebalik lantas menyembah lantai sekaligus tangki pOn jatoh dan semua berkecai....maka itu la cerite sebenar wahai kawan2 ku TU16 No 48...tapi aku x cerita pd sesiapa pOn..aku simpan jd kan nye pekasam  kat dlm benak fikiran aku...biarlah rahsia bak kata Dato' siti Nurhaliza..hehheh..

Tp semua rahsie tu aku terpaksa pecahkan pd Tuan Rumah sb nk repair tandas..mulanya aku nk je repair sendiri sekali si cina cinabeng tu nk amik rm700..mana la aku ada duit..die ingat aku ni ank dato" ke ape..aku bget dlm rm200 bole la aku byr..skli kalo da mhl mcm tu terpaksalah aku ckp kat tuan umah..aku rs ongkos sebenar y tuan umh buat x cecah rm200 pon...selamat duit aku..hehhe..so skng da mcm sedia kala..dak bilik tu x perlu lg pinjam tandas bilik aku..hhehheh

p/s:begitu la ceritanye kawan2 sekalian..sape2 wat spekulasi x betOl tu da boleh padam n amik cerite sebenar aku ni..huhuh

Thursday, January 14, 2010

***pedihnye bile org tidak memahami situasi,keadaan....***

Buntu..

Minggu ni da masuk minggu ke-3 tapi otakp aku ni maseh kOsong lagi..aku x tau la ape silapnyer..mOod nk blja ni merewang2 kemana ntah...minggu dpn da minggu ke-4..ada 3  4 asgnment nk kene anta..tp x sentoh malah x tgk pon lagi..PSM aku plak..sikit pon x wat lagi..YA ALLAH bg la aku semangat...

Aku buntu la..ape harus aku lakukan..aku rasa sepanjang minggu ni aku ada mengguriskan hati sesetengah pihak..tp itu bukan kehendak aku..keadaan memaksa aku berbuat demikian..kalo la aku ni ada kuasa ajaib..aku mahu senangkan,gembirakan hati semua org..namun..apekan daya..aku hanya seorang manusia biasa yg tidak terlepas dr melakukan kesilapan...

Aku sgt berharap...aku boleh terlepas dr kondisi sekarang...aku harap aku boleh berdiri dgn kaki sendiri..namun itu tidak bermakna aku mengenepikan kwn2..tp maksud aku..aku usahkan kwn2 sepertidak mahu lagi menyti mana aku buat skng...aku terpaksa bergantung pd kwn2..aku terpaksa kecil kan ati kwn2 sekeliling aku...aku tau mungkin tidak semua faham dgn situasi aku skrg..mungkin sesetengah org sekeliling akn mengatakan aku....ahhh..biarlah...aku da penat fikirkan ini semua..biar pon ape yg berlaku,yg pasti aku tau mengapa ini semua terjadi dan aku tahu ape yg aku lakukan...

p/s:

::aku minta maap pd sesiapa yg terasa dgn aku...
::sgt berharap semuanye akn kembali seperti sedia kala...

Saturday, January 9, 2010


Setelah sekian lamanya niat helmi nk dtg Melaka..akhirnye sampai juga..tP bkn keseorangn tp bersama isterinye..aku rs sejak bujang n belOm g UK lagi die nk dtg tp ada saje halangan..namun...at last ada gak rezeki dtg sini..

Datang sini bkn saje2..niat dihati mahu memenuhi kehendak isterinya yg mengidam mkn ikan bakar...al~maklumlah mengandung 2 bln..dah adat org mengandong mahu mkn mcm2,,mgidam mcm2..so sbg suami kene lah penuhi..hihhi..maka..aku n pali pon bw lah drg ke ikan bakar Parameswara Umbai...lagi pOn mmg niat helmi nk blnja aku lps kawin aritu x kesampaian..jd sekali harung je la arini..blnja aku n his wife sekali..eheheh..


Helmi dan Isteri



sebelOm mkn...


selepas makan..








anyway..thanks to helmi n wife....

Friday, January 8, 2010


Entah mengapa semenjak dua menjak ni aku asik teringatkan umah je..aku rs nak balik kampOng je..x bersedia lagi nk blja..adakah mungkin ini dek kerana terasa bahangnye subjek2 sem akhir ni??mungkin la kOt...mungkin aku nmpak biasa..gelak2..main2..tp kepala Otak aku ni da mcm ligat memikirkan ape la jd semester ni..dah la ini sem last da..even ada 5 subjek tp ia tetap berat..mana x nyer..each subject bring 3 crdt dan PSM 4 crdt..huh..ni lagi satu masalh..bile ckp pasal PSm..rs nk gugur jantOng..dah la 4 crdt hr, tp sepatah haram pon aku x mula lagi..x tau nk mula mcm mn n x da moOd nk mula..aku buntu la..Ya Allah tlg la hambamu ini..permudahkan lah urusanku..engkau bagilah daku semangat dan bukakan lah pintu hatiku ini...amin...

Kalau ikutkan hati aku tiap2 minggu aku nk ballik kg...tp apakan daya..umah jauh..nun di KELANTAN..aku skng perlu sedar..aku berada di MELAKA..nk balik sana pon da maik 9~10 jam..duit lagi..huhuh...xpe..aku perlu bersabar...insyaalah kalo ada je masa terluang aku akn balik..

::aku haraPkan sinar cemerlang utk aku dan kawan2 utk sem ni..almaklumlah ni da la last sem..pasni insyaallah msg2 da keje..kalo yg nk sambung master tu citer lain la plak..
::anyway..all the best and gOod luck to everybOdy!cayOk guys!!


Alhamdulillah...Tanggal 3O Disember 2009, pukul 1.35 pm...anak buahku telah bertambah menjadi genap 28Org...wah...terpaksa aku kire gn smua jari jemari tangan dan kaki..setelah 3 tahun akak aku menunggu, akhirnye putera sulong mereka yg di beri nama PUTERA WAFIEY AR-RAYYAN selamat dilahirkan dgn operation...alhamdulillah semua selamat..dgn berat 4.2 kg..baby ni sungguh comel..x puas aku beramah mesra,tp aku terpaksa balik ke melaka da..huhhu.nt jumpa lg time cukur jambul...wait for me wafiey..ur uncle will come..hehhehe




Bersama Papanye..


ini pula Mamanye..

Thursday, January 7, 2010


A K H I R N Y A...kurang lebih pukul 7.45 pagi, 8 Januari 2010 Bukit Beruang, Air Keroh Melaka ditawan oleh kami ber-8..hehehe..kalau ikutkan perancangan sebenar pukul 6.30pg da mula daki Bukit Beruang tu..N A M U N..biasalah manusia..org melayu lak...hahha...kol 6 lebih tu Bae dan Awin je da tawan kaki bukit Bukit Beruang tu..hahah..geng2 hero Maskulinnyer maseh enak di buai mimpi nan indah..lagi2 cik zaren n wankur..huhuh..itu satu hal..abg long kito tu mmg selalu "ladies first"..hahha..kol 7.30 br sampai kat kaki bukit..sb tu la lewat naik atas..aku,pali n saha lak da sampai kol 6 lebih tp ONE STOP sekejap g beli roti canai,air n kueh...

Rasa kelakar gak..org g excercise biasanye bw air mineral je..kitorang bkn setakat air mineral..teH ais..teh o panas..roti canai n kueh sekali bw naik ats..konon2nyer amik feel nk makan atas bukit di pg ari la...hahhah..semua org da pandang pelik la..tp lantakla..hahhaha..

dan akhirnye lebih kurang kol 9 kami turun ke bwh n balik..hehhehe..anyway..bestla sekali sekala panjat bukit berbekalkan maknan ni..ilang 500 paun..tambah lagi 1000paun berat..hahhaha..zassssssss..






Dari kejauhan melihat pemandangan BaNdar Melaka..



Peserta pendakian..

::Zul
::Zaren
::Pali
::Saha
::Wankur
::YB Syaidi
::Bae
::Awin

Apkah yg lebih penting antara C I N T A dan C I T A-C I T A??....

Kedua-duanya penting sebenarnya..tp ada prioritinyer...lain org lain pendapat..mungkin ada yg kata CINTA adalah penting..dan barangkali juga ada yg mengatakan CITA-CITA lebih penting..tiada yg betol dan tiada yg salah secara abstraknye kerana itu semua bergantung pada sebab musabab masing-masing...

Bagi aku apa yg penting ialah cita-cita..kerana dari kecil sampai sekarang aku belajar dan belajar adalah dorongan ayahbonda ku yang tercinta...segala pengorbanan mereka sangat besar..ibaratkan lautan yg luas dan aku tidak mampu utk membalasnya walaupon ditakdirkan sehebat mana sekalipon aku kelak...segala pengorbanan mereka itu akn ku balasi dgn kejayaanku kelak..INSYAALAH..semoga ALLAH sentiasa tambahkan dan kekalkan iman dlm diri aku supaya aku tidak lupa diri dan sentiasa ingat pd ibubapa aku..amin....
Bagaimana kita hendak membalas jasa ibubapa kita sekiranya kita tidak mempunyai cita-cita?Justeru cita-cita harus tersemat dihati utk kite megejar kejyaan..dan CINTA..bagi aku mungkin akan hadir bila-bila masa sahaja...apa yg penting niat kita..insyaallah segalanya akan dipermudahkan oleh-NYA jika niat kita suci murni...dan CINTA..hadirlah engkau dalam hidupku tanpa mengalpakan diriku tatkala aku sedang mengejar cita-cita ku...mungkin CINTA dan CITA-CITA bole hadir bersama namun kita harus bijak menguruskannya supaya tidak terlena dalam nikmat dunia...

::Pastikan ada cita-cita sebelum ada cinta..
::Cinta bole hadir dikala ada cita-cita..
::Cinta juga bole selari bersama cita-cita...

*********************** C I N T A    C I TA-C I T A *******************************

"Mcm menarik je benda alah ni..." Itulah yg berlegar2 di benak fikiran aku tatkala aku g jalan2 kat Jonker Walk dgn kwn2 aku..em..dlm 2 3 minggu lepas kot aku beli..look sO nice and nilai estetika yg tinggi..hohoh..lagi pon handmade benda tu..tu yg nampak mcm menarik..sO i got it for what ek??em...for sOmeone birthday gift...heheheh..dan...inilah dia....



nice x???? =p ...utk siapakah ini??...

Wednesday, January 6, 2010







It supposed o be at D' Pelicn restaurant..tp akhinyer plan bertukar last minit ke MC D air keroh dek kerna retoran tu da tutp...em..pening pikir nk g mn sb semua da ada kat retoran tu..n kawan2 y otw pon ingat kat situ gak..baru je masuk retoren tu.."bang..da tutup bang.."nk ketawa pon ada..nk marah pon ada...tp wat bodo je n pikir plan lain..ten nk g buat bwh cahaya lampu kat tasek air keroh tu.tp x da i la plak..kang tercekik mkn kek..and at last d idea came out..hahhaah..jeng3!g mc d air keroh je mnjadi tempat B I R T H D A Y celebration cik S Y A H I L A yg ke-25.

mula2 ada 3 kete je..kete bae,jip azfar n kete shuk..semua kete tu mmg full passenger la...ahaha..then,tibe lak zaren n d geng,meor,shahwen...kire2 total 20 org la semua..nampak mcm meriah lah dgn bising nyer...yg x leh blah..wat mcm kedai sendiri...susun meje n bising2..hahah..og kata hevoQ la tambah2 ada si man yg x abis2 kene kan org...alih2 pali pon tumpang sekaki kenekan org...huhuhu

nk jimat duit punyer pasal masing2 beli french fries n ar je..ye la msg2 sengkek n plan nye nk minum eh o ais je kat restoran tu..hahha..tetiba lari budget..kah3..tp x pe...sekali sekala..lain kali da xda da..ni kan final sem da..huuh

pastu atucara majlis mcm biasalah...cik syila tiup lilin..potong kek n ucapan...dan yg paling hengit nye x abis2 dorang kenekan aku..(xpe2,ada ubi ada batas...huhuuh)..pastu biasanye besday girl je y wat ucapan..skali dgn aku2 skali kene tempias wat ucapan ringkas je la...malu siot..da la aku ni pemalu..huhuhu

ape2 pon semalam mmg happenin laa...thanks to all..

::Tetamu y datang semalm..

~cik Syila (yg dirai)
~bae
~siti soadah
~awin (suksis)
~aina
~pali
~aspa
~saha
~amin
~ijad
~shuk
~shak
~mukhlis
~zaren
~wankur
~berg
~man (org y plg banyak kenekan org)
~meor
~shawen


BTW happy birthday syila..semoga pjg umur,murah rezeki n berjaya dunia & akhirat...

Kejujuran

Sebuah kejujuran tiada batasan..
Namun batasan wujud tatkala hati meronta..
Dikala hati merintih hiba..
Emosi mengelodak teruja..

Tiada siapa mengerti perasaan sang si manusia..
Berfikir sejenak nan hari dikira..
Jiwa luluh tatkala dihina..
Batin mulus dikala dipuja..
Namun diri terhiris pabila dicerca..
Hanya sebuah K E J U J U R A N penawar segala.

hari ini..

Em...hari ni mcm x da mood je nk tulis blog..tp bosan..tulis je la sikit..sbnrnye br balik dr MY Din ni..g beli kek nk celebrate besday cik shila nt dgn dak2 kelas..asalnye nk wat kat air panas bemban..wat ala2 suprise la even date sebenarnye esok..7 jan..tp cancel ..so mlm ni akn buat kat restoran terapong D' Pelican kat tasek air keroh..nt kol 11.30pm gerak la p sana..tuan punyer badan g lewat sikit kot..

neway..enjoy d party!!!

Monday, January 4, 2010

K E H I D U P A N ini ibarat pepasir pantai...sekali di hempas ombak pasti berubah pasirnye..begitu jg manusia..sering kali berubah..sama ada berubah utk manjadi lebih baik mahupon lebih buruk itu adalah diri kite sendiri yg menentukannye..namun pokok pangkalnye hati kite yg lebih mengetahui..org sekeliling kite bole menilai kite dr segi luaran sahaja..itu pon terkadang salah amat jarang betul..tp itulah manusia yg suka menilai org lain padahal diri sendiri dianggap sudah tiada apa utk dinilai..

Kejayaan adalah suatu yg subjektif..mungkin perkataan berjaya itu tidak sama takrifnye...namun..ape yg pasti konsepnye tetap sama iaitu kite mencapai ape yg kita mahukan dan itu bole dikire suatu kejayaan..sudah menjadi hakikat dunia...manusia tidak pernah berasa puas dgn kejayaan y dikecapi..oleh itu usaha demi usaha dirantai menjadi pemangkin utk berjaya..terkadang perasaan tidak puas dgn kejyaan adalah sgt baik pabile usaha utk lebih maju.. AKAN TETAPI hairanya manusia ini tidak berpuas hati dgn kejayaan org lain sekaligus suka melemparkan dan menabur fitnah keatas org lain dek kerana ketidakpuasan hati..adakah ini patut??kawan mahupon lawan sama sahaja..apabile tidak berpuas ati ada saja idea yg tercetus utk memburukkn kejayaan org lain..mungkin dimata mereka kite adalah sama..namun usaha mungkin berbeza...jadi..semoga manusia yg iri hati,hasad dengki,streotaip n mcm2 lagi la,sedar dgn ape yg anda lakukan..marilah kite sama2 usaha..insyaallah kejayaan itu milik org yg usaha..ape yg penting keberkatan ilmu dr pensyarah,guru dan doa ibu bapa..


::jgn jadikan diri kite sbg batu penghalang utk kejayaan org lain..
::tiada guna berkata2 buruk pd org lain hanya utk memuaskan hati sendiri..

Terasa bagaikan satu musibah menimpa aku pabila kereta aku accident..abg aku y drive..skli accident lak mlm new year tu kat PD..aku x salahkan die pon...bkn die sengaja..dah takdir kot...huhuh..pening gak la aku pikir naseb akau nk g kelas..nak x nak aku terpaksa susahkan kwn2 aku...

Akhirnye..mmg aku telah susahkan saha n pali..aku terpaksa tumpang dorang g kls...nasen baik dorang ada..kalo x susah gak la nk g kelas...BTW thanks alot to saha n pali n kwn2 yg lain..

::mmg hidup ini ibarat roda...sekali kite berada diatas..sekali kite berada di bwh..so, apa yg penting K E R J A S A M A!!!

Hari ini adalah permulaan utk aku ke kelas di minggu kedua di UTeM..Permulaan yg kurang bagus sb aku terlambat g kelas...kelas kol 9 tp bangun kol 8.59am..ape lagi kelam kelibut la aku td...smpai kelas kol 9.30..naseb baik la kls x stat lg...1-0 mata arini..1 utk aku~0 utk lec sb aku tibe d kls sblm kls stat..hahah

pastu petang lak..aku sempat tdo 10minit pas zohor td..pastu terpaksa bngun kelas kol 2...akhirnye 0-1 mata utk aku..aku dpt 0 sb lecturer x dtg..hangen la gak sb panat2 dtg x da lak...nk balik pon serba salah..da la jauh..kol 4 ada kls lg..tumpang org plk tu..huh..cukup la aku susahkan org dgn tumpang beliau2..(pali n saha)..x kn nk ajk balik kot..huhu..maka dgn selamber semua dak2 ni g lepak kat kafe sementara tgu kol 4 kelas CAD CAM...

Akhirnyer selepas berhempas pulas sejak semlam..aku berjaya ubah background blog aku neh..yeah3!!!!huhuhh...

::tahniah utk diri aku...
::thanks 2 aina n zaren gak sb tlg aku..heheh

;;