Wednesday, June 20, 2012










p/s: 17 & 18 Jun 2012, iaitu minggu lps, aku n Darus g Cameron Highland..Dengan tidak merancang ape2, juz  on the spot..saje nk release tension.. ;)

Saturday, June 16, 2012


Isra’ Mikraj merupakan mukjizat agung yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW. Peristiwa ini berlaku dalam tempoh satu malam sahaja dan ditemani oleh Jibrail AS. Allah SWT menjalankan Nabi SAW dari tempat tidur baginda SAW iaitu di Mekah sehingga ke Baitul Maqdis dengan menaiki buraq, kemudian bertemu dengan para nabi yang terdahulu dan baginda mengimami solat secara berjemaah. Selepas itu Nabi SAW diangkat ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT.
Peristiwa ini berlaku dalam keadaan sedar dan Nabi SAW dibawa jalan sehingga naik ke Sidratul Muntaha dalam keadaan berjasad dan roh, bukan hanya roh sahaja. Ini merupakan pendapat majoriti ulama berkenaan mukjizat mengenai peristiwa Isra’ Mikraj.[1]
Peristiwa ini disebutkan di dalam Al-Quran pada 2 tempat iaitu :
1- Dalam Surah Al-Isra’ pada ayat yang pertama, firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan keadaanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.”
2- Dalam Surah An-Najm pada ayat ke-18, firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (kebesaran dan keagungan) Tuhannya.”
Tanda-tanda yang besar di sini ialah ketika peristiwa Isra’ Mikraj. Nabi SAW telah diperlihatkan mengenai keadaan ahli-ahli syurga dan neraka. Dan Nabi SAW telah bertemu dengan Allah SWT.
Antara seksaan yang perlihatkan kepada baginda SAW yang menimpa ke atas ahli-ahli neraka ialah :
1- Balasan mengumpat. Nabi SAW melihat mereka yang melakukan dosa mengumpat di dalam neraka memakan bangkai-bangkai.
2- Balasan memakan harta anak yatim secara zalim dan batil. Mereka dikenakan seksaan dengan memakan bara-bara api sehinggalah terkeluar semula bara api tersebut dari dubur mereka, dan mereka akan mengulanginya semula, sehinggalah tamat tempoh seksaan mereka atas dosa memakan harta anak yatim secara zalim
3- Dosa orang yang memakan riba’. Perut mereka dipenuhi dengan ular-ular yang hidup yang keluar masuk dari perut mereka.
Dan juga dosa-dosa lain seperti zina, orang yang tidak mahu menunaikan zakat, orang yang melakukan fitnah dan tidak melaksanakan amanah dengan baik. Selain itu Nabi SAW juga diperlihatkan dengan ganjaran bagi mereka yang berjihad di jalan Allah iaitu baginda SAW melihat sekumpulan manusia yang menanam tanaman kemudian menuai dan mendapatkan hasil pada kemudian hari. Jibrail berkata :
“Mereka itulah orang yang berjihad di jalan Allah, digandakan bagi mereka pahala sebanyak 700 kali ganda.

Thursday, June 14, 2012

Lebih kurang sebulan lepas aku booked tiket utk ke Bandung pada 26-29 Jun 2012..Hati girang yg teramat walaupun pada bulan 7 pun akan ada satu trip ke Bandung jg bersama kwn2 seperjalanan (Zul K & Pali)..Tapi gigih jg setuju nak g dulu bln 6 dgn kwn yg lain...Tinggal lagi kurang lebih 10 hari utk kesana..Hotel pun dah tempah...Tiket pun dah tersedia mcm kat bwh ni---->
Namun....segalanya telah berubah apabila semalam (14/6/2012) tepat pukul 4.30 aku dpt surat untuk ke Induksi di KL pd 25/6-5.7.2012...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....mmg kursus induksi tu aku dah tunggu berkurun lamanya..Tapi aku x mengharapkan dia dtg masa ni..adehhh...sungguh emosi plak rasanya di kala nk pukul 5 (time waktu balik)..Pastu, cube tenangkan diri..Bila fikir2kan balik, ada bagus nya juga...xpa, Adalah hikmah dia tu...Nt 28 July 2012 ni pun mmg aku da booked tiket ke Bandung kot..Allah dah aturkan yg terbaik utk aku..So, sekarang excited nk g kursus kL plak..dah lama x g kL jumpa kwn2..heheh...Kat bawah ni surat induksi ----->

Maka, kesimpulannya x leh g Bandung tapi minum air bandung sajoo..hoooOOooooooooo...waaaaaaargggghHHHhhhhh

Membuat keputusan yang bijak bukan senang...Keputusan yg kita buat tidak semestinya akan menyenagkan semua pihak..Itu lumrah kehidupan. Namun, apa yg penting, sebelum membuat keputusan sepatutnya berfikir secara waras dan berbincang. Paling afdhal buatlah solat hajat dan istikharah.. Insyaallah, allah akan memberikan petunjuk kpd kita supaya membuat keputusan yg terbaik..kita harus ingat bahawa sesuatu yang mengembirakn kita tidak semestinya yang terbaik utk kita...

 Demi kebaikan masing-masing, maka tanggal 9.6.2012 menjadi tarikh yg mungkin tidak akan dapat di lupakan..~wallahualam

Alhamdulillah hari ini 25 Jun 2012m bersamaan 25 rejab Allah masih memberikan nikmat hidup kpd ku dan kpd pembaca blog ini..Dgn nikmat yg Allah berikan itu, kita masih berkesempatan untuk meneruskan hidup dgn agenda tersendiri. Sedar tak sedar, hanya tinggal 5 hari lagi bulan rejab..Subahanallah,cepat btl masa berlalu..

Hari ini genap 31 hari arwah ibuku meninggalkan kami semua..Namun terasa bagaikan semalam ibu meninggalkan kami..Walaupun ibu tiada di sisi namun, aku dpt rasakan arwah masih ada dan aku sangat merindui ibu..Subahanallah..Beginikah rasanya perasaan org yg kehilangan org tersayang, apatah lagi anak2 yatim piatu.Pasti mereka lagi bersedih.Namun, walau apa pun berlaku, aku tetap bersyukur, Allah masih pinjamkan seorg ayah yg penyanyang utk kami sekeluarga..Allah masih pinjamkan segala nikmat kesihatan yg baik utk aku meneruskan hari2 utk mencari rezeki...Alhamdulillah syukur...

Di hari jumaat yg mulia ini, sedang aku mendengar alunan merdu surah al-kahfi, terasa sayu..sayu entah kenapa...sesekali air menitis bagaikan titisan hujan renyai...Subahanallah sungguh indah bacaan ayat suci al-quran ini..Dikala terasa sayu, perasaan rindu pada ibu dan ayah sgt mendalam..Ya Allah kuatkan lah hatiku ini ya Allah..

 

Monday, June 4, 2012



Hari ini hari ber-mood kan sedih..Bukan sedih apa, tapi sedih teringatkan ayah di kampung..Aku tahu perasaan sedih aku ini x terbanding dgn perasaan ayah yg hiba, pilu dan kesepian tanpa ibu tercinta. Mmg kematian satu benda yg pasti dan setiap manusia akan merasainya sekali seumur hidup.Tapi, bukan semua org sangat tabah menerima kehilangan org tercinta..Aku??Aku bukan seorg yg sangat tabah, tapi alhamdulillah keluarga aku sangat menyokong aku. Walau luaran aku nampak cekal dan bersahaja, namun hanya Allah sahaja yg tahu di sebalik kecekalan aku ini..

Betul kata org, ikutkan hati..mati..Ikutkan rasa..binasa...Jadi, utk aku teruskan sisa hidup aku di dunia ini, aku x boleh nak ikut hati mahupun rasa. Sebagai muslim, apa yg terbaik adalah doa..Rumah baglow, kereta mewah, tanah berekar2 mmg aku x mampu bagi kpd arwah ibu tercinta..Apa yg aku hanya mampu bagi ialah DOA dan bacaan2 ayat al-quran..Insyaallah selagi hayat di kandung badan, doa dan ayat suci alquran akan ada selalu untukmu ibu...

Dalam menumpuh hari2 yg mendatang, hari ini sudah 19 hari arwah meninggalkan kami semua. Namun, aku dpt rasa yg arwah masih ada..Subahanallah...Kalau aku yg sibuk bekerja dan ligat dgn aktiviti harian di Perlis ini merasakan sedemikian, apakah perasaan ayah??Ayah yg telah bersama ibu selama kurang lebih 60 tahun..Yg tidak pernah pergi kemana2 tanpa ibu, tidak pernah berseorgn..tibe2 harus menempuhi semua ini berseorgn di kampung..Ya Allah aku pohon padamu cekalkan hati ayah...subahanallah...Aku dpt merasakn kehibaan ayah yg tiada ukurannya..Semua itu aku dpt lihat dr suara ayah..Apabila hari2 aku menelefon ayah, aku dpt rasai kesedihan yg ayah alami..Tapi ayah..ibu sudah tiada...itu sudah suratan takdir...

Aku sebagai anak..bertanggungjawab mengembirakan ayah aku...Mcm mn cara utk lakukan semua itu?Aku x mampu melihat kesedihan ayah..aku x sanggup melihat kehibaan ayah..Aku sayang ayah sebagaimana aku syg ibu...Sekarang ini, hanya satu aku berharap...Semoga Allah kurniakan rezeki yg melimpah ruah kpd kami sekeluarga..Aku berhasrat utk bw ayah ke Mekah..Insyallah..Semoga hajat aku ini tercapat..Semoga Allah memberkati niatku ini..Amin...

Aku pasti jika kami anak2 dpt menjaga ayah dgn baik, pasti arwah akan gembira dan tenang di sana..Maka, kami akan cube mengembirakan ayah..Insyaallah..

Buat masa sekarang ini, aku x rasa diri aku penting utk difikirkan..Ayah aku lebih utama..Aku akan cuba buat yg terbaik utk ayah walaupun aku terpaksa korbankan sesuatu...Aku yakin, Allah itu maha adil..Kegembiraan hari ini x bererti berlanjutan ke hari esok, dan juga kesedihan ari ini x bererti berkekalan selamanya..Insyaallah, buat masa sekarang ini, aku x nak fikir lagi pasal kawin..Aku ingin tunaikan impian utk bw ayah ke mekah, setelkan segala pembelajaran aku..dan insyaallah sampai masa aku akn kawin..Amin..Semoga Allah permudahkan segalanya utk aku dan keluarga..

Sunday, June 3, 2012

Bulan 5 & 6 ni sungguh banyak jemputan kenduri dan sudah tentu aku x mampu nk memenuhi semuanya...So, aku mintak maaflah pd kawan2 yg aku x sempat nk g...Yg pasti kenduri kawan2 kat Kelantan mmg x sempat aku nk g..Aku juz sempat g kenduri kat Pendang dan Sik je..

Pada awalnya plan g kenduri umah member kat Pendang je..Umah Lyn Ali..member aku yg Utem dulu..X sempat nk jumpa dgn kwn2 lain sbb kejar masa nk g kenduri kat Sik...ni gambar Lyn..Bak kata org die ni klon Fasha Sandha..ada sama x???heee~fikir2kan sendiri...

Pastu lepas g kenduri Pendang, aku terus ke Sik kenduri umah Iqbal..Sebenarnya Iqbal ni x da la rapat, kenal atas kawan je...kenal atas kwn master aku Taufif..Tapi iqbal ni amik master kat Kulim...tapi bila dah di jemput, aku ge jela alang2...ni plak gambar Iqbal..

Sepatutnya ada satu lg kenduri kat Sungai Petani umah ex-student aku...Student kawin dulu dr lecturer...hehhehe.... aku x leh g sb kad tertinggal kat opis...Pastu 1 lg kenduri kat Lumut, umh pejal..yg tu aku nk g tp x sempat...Sempat tgk gambar kat Fb je..ni gambar Pejal


Pastu satu lg jemputan yg x leh di penuhi adalah rumah Meg Sya di Ketereh, Kelantan..ini kawan aku masa sekolah teknik lg...pon sama..leh tgk gambar kat Fb je..hhehe


Anyway, apa2 pun, aku ucapkan selamat Pengantin Baru kepada semua kawan2..semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat...


Akhirnya selepas 1 setengah tahun aku menetap di Perlis ni, berjaya jg aku menjejakan kaki ke Ladang anggur yg org perkatakan..Hakikatnya, mmg sebelum aku dtg sini lg aku nk sngt pegi tempat tu..biasalah aku ni mmg suka tempat2 yg agak sukar cari di tempat lain..So, pada 29 Mei 2012 aku  telah kesana dgn Seha yg dtg bercuti di Perlis..Kalu nk harapkan aku mmg x dtg la sorang2, sambil bw Seha jln2 pusing2 Perlis, boleh jg aku tumpang memusingkan diri di tempat yg x penah pegi...hehhe

Dan..seperti biasa, tempat yg kami paling gemar amik gambar adalah sawah padi..Kali ni sekali lg singgah kat sawah padi otw ke Kangar, snap gambar 2 3 keping dulu..mmg cantek pemandangan di waktu petang..Masa tu otw nk g cuci kete, tp sempat lg bergambar..hehhe..Nah tgk la sedikit gambar yg aku rajin upload ni..





;;