Sunday, May 20, 2012


Saat warga pendidik bersuka ria menyambut hari guru tanggal 16 Mei, saat itu jugalah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup aku dan keluarga telah berlaku...Aku telah kehilangan ibuku tercinta buat selama-lamaya..Subahanallah, bukan senang nak terima ini semua, tapi itulah hakikat kehidupan..setiap yg hidup pasti akan mati...

Aku redha dengan pemergian arwah ibuku, aku x sanggup melihat keadaan ibuku yg telah beberapa hari tidak sedarkan diri, bercakap pun tidak, kdg2 saja buka mata..Aku redha segala yang berlaku.Tapi pada mulanya aku x dapat nak terima pemergian arwah untuk selama2nya kerna aku sgt menyayanginya lebih dr diri aku sendiri..Hanya Allah sahaja yg tahu perasaan aku..Aku rasa hidupku kosong, x ada makna lagi...Astaghfirullahalazim..aku x sepatutnya berbuat demikian..Allah sudah buat yg terbaik utk semua umatnya..

Dalam pd kesedihan yg amat aku tanggung itu,aku cuba muhasabah diri, aku cuba melihat perkara2 positif utk mengubati kesedihan aku ini..Aku cuba terima sedikit demi sedikit..dan akhirnya aku berjaya menerima suratan yg berlaku ini...Aku fikir, tiada guna aku bersedih berpanjangan tanpa berbuat apa2...jadi, perkara yg terbaik aku sedekahkan ayat2 suci al quran kpd arwah supaya dpt menemani arwah di sana...Jika aku sedih, aku akan sedekahkan ayat2 suci alquran..Semoga ia sampai kepada arwah.Insyaallah..

Jika hendak meleraikan kesedihan dlm sekelip mata, mmg amat payah..Tapi aku fikir, Allah telah sediakan syurga firdausi utk arwah,insyaallah...Org kata, kalau ada anak2 yg meninggal waktu kecik dulu, pasti akan menarik ibunya masuk ke syurga...aku ada 2 org kakak dan 2 org abg yg meninggal waktu kecil, jadi aku yakin mereka telah menarik ibuku ke syurga firdausi, insyaallah...

Alhamdulillah setakat ini aku dah redha sepenuhnya..Namun, hati aku masih risau memikirkan ayahanda tercinta..Ayah nampak kuat dr luaran, tapi aku nmpak kesedihan yg di sorok olehnya..Aku harap ayah tabah menghadapi semua ini..Ya Allah berilah kekuatan kepada ayahku supaya ayah boleh meneruskan hari2 mendatang dengan penuh kesabaran..Amin...

p/s: Walaupun arwah telah tiada, tapi aku masih rasa yg arwah sentiasa berada di sisi aku..Semoga Arwah ditempatkan dikalangan org beriman dan kita berjumpa di syurga firdausi kelak..amin...

 

Monday, May 7, 2012


Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu..

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan..

Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

;;