Thursday, January 12, 2012

Pengorbanan

Bismillahirahmanirrahim...

Sedar x sedar..hari ni sudah 13 Januari 2012 bersamaan 19 Safar 1433H...Sungguh cepat masa berlalu..sudah 13hari masuk tahun 2012..

Alhamdulillah, 2012 ini membuka lembaran baru buat aku yg kembali bergelar seorang "Pelajar"..Ya!mmg cita2 dan harapan aku untuk belajar sekurang2 nya sehingga ke peringkat Master/Sarjana..Alhamdulillah, tahun ini hajat aku tercapai, dengan rezki yg Allah kurniakan ini semoga aku tidak persia2 kan...

Mmg x mudah untuk berjaya, dan tidak mustahil utk berjaya...Bagi aku, sesusah mana pun sesuatu perkara itu...Sesukar mana pon benda itu dan sesulit mana pun ia..Insyaallah berbekalkan semangat dan sokongan insan2 sekeliling yg tersayang disulami dgn doa kita kpd Allah swt, insyaallah semua nya akan berjalan lancar..Apa yg penting niat kita mesti baik...

Tipu lah kalu aku x kata ada masalah utk sambung belajar ni..Ya...aku mmg ada sedikit masalah..terutama dr segi kewangan..Tapi aku ni jenis yg malas nk pikir negatif..bila aku mahukan sesuatu aku akan usahakan..Begitulah kes sambung belajar ni..mmg aku tau duit simpanan aku x cukup utk menampung kos pengajian yg memkaan masa selama 1.5~2tahun ni..tapi aku tegar juga dgn pilihan aku nk belajar sb aku percaya Allah akan bagi rezeki jika kita berusaha..Sampai lah ke saat ini, aku boleh menarik sedikit nafas lega kerana aku telah menyelesaikan segala yg patut...Mmg agak sakit la 2~3 minggu ni sb kene selalu ulang alik ke kangar nk uruskan semua ini..tapi kalu aku x berkorban, mcm mn nk berjaya??Aku  anggap ini satu pengorbanan yg baru bermula untuk mencari kemanisan kejayaan kelak..Insyaallah..

Harapan aku, semoga Allah tabahkan dan kuatkan hati aku tuk terus berjuang mendapatkan ilmu dan juga semoga pernudahkan segalanya..Amin..amin ya rabbalalamin...:)

p/s:Tiada kejayaan yg tidak memerlukan pengorbanan..Malah lagi banyak kita berkorban, lagi manis detik2 kejayaan yg kita akan kecapi...

2 comments:

FaiZaH K. said...

yes, u r rite...
i can smell the sweetness along the way...hehehe

zul hasan said...

sama2 lah kita berusaha :)