Wednesday, July 25, 2012

Assalamualaikum wbt & selamat sejahtera kpd pembaca sekalian...

Apa khbar anda semua?diharapkan semuanya berada dlm keadaan sihat walafiat di bulan Ramadhan yg penuh barakah ini..

Alhamdulillah, kita masih lagi berkesempatan untuk merasai nikmat hidup dibulan yg penuh berkat ini. Hari ini sudah 7 Ramadhan...Sedar x sedar sudah 7 hari kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita terus cekal dan tabah mengharungi liku2 hidup sebagaimana kita tabah menghadapi dugaan di bulan puasa ini.

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. Bukan apa, cuma masa tidak mengizinkan. Alhamdulillah sy ada sedikit masa pada pagi ini sebelum masuk kelas pukul 9a.m sekejap lagi.

Di kesempatan ini , sy ingin mengucapkan selamat berpuasa dan semoga ramadhan kali ini lebih baik dr yg sebelum nyadan semoga diberkati Allah swt...insyaallah ;)

Thursday, July 19, 2012

Sunday, July 15, 2012

Hening petang yang damai..
Bagaikan syahdu mendesak fikiranku..
Cebisan kenangan terus menerus menembusi benakku..
Tidak ku inginkan sebuah kesedihan..
Tidak ku pinta sebuah keperitan..
Tidak ku mahu sebuah tangisan..
Namun itu adalah takdir yang maha Esa yang menjadi ketentuan..

Ya Allah..
Jika bisa ku undur masa
Pasti aku peluk erat orang yang palingku sayang tanpaku lepaskan
Jika bisa ku undurkan masa
Pasti ku cium mu Bonda..
Pasti ku gengam erat tgn mu Bonda..
Tapi, setiap yang hidup pasti akan mati...

Bonda..
Engkau sumber inspirasiku..
Engkau laksana nyawaku..
Engkau tiada ganti yg bisa mengembirakan hidupku..

Bonda, 
Pergimu bagaikan merentap kebahagianku..
Pergimu bagai hukuman buatku..
Pergimu bagai hilang hala tujuku..
Pergimu bagai memadam cahaya kehidupanku..
 Namun...Aku sudah terima dgn redha...
Aku pasti Allah sediakan Istana Syurga buatmu Bonda..

Bonda..
Aku sayang padamu melebihi segalanya..
Tidak dapat ku ungkap dengan kata-kata..
Jika bisa ku pertaruhkan nyawaku utk mu, pasti aku lakukan..
Namun aku perlu sedar, Allah lebih menyanyangi mu..

Bonda..setelah hampir 2 bulan engkau telah meninggalkan kami semua
Hidup kami tidak seperti dulu..
Kekosongan dihati kami tidak boleh di isi dengan sesiapa..
Hanya Allah mengerti perasaan kami..
Tapi hidup kami perlu diteruskan kerana kita akan berjumpa di sana kelak...

Bonda..
Aku sunyi tanpamu Bonda..
Ramadhan akan tiba beberapa hari lagi..
Sungguh luluh hatiku Bonda tanpamu di sisi..
Tapi aku perlu teruskan jua hidup ini..



 


Saturday, July 7, 2012

Alhamdulillah...tanggal 7/7/12 2 org lagi kawan aku telah kawin...Dengan sekali lafaz, Amin telah pun menjadi suami kpd Afifah..Sebenarnya keduanya adalah kawanku dr Utem..Setelah bertahun2 couple sejak diploma, hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin dan semoga akan berkekalan selamanya..Ameen..;)

Tak ramai dak kelas dtg sb jauh di utara..Insyaallah mungkin yg lain akan dtg kenduri di rumah amin di Besut raya ke-6 nanti..




p/s: Selamat Pengantin Baru..Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat ;)

Tuesday, July 3, 2012

Setelah setahun 7 bulan aku berkhidmat sebagai penjawat awam, akhirnya jemputan ke kursus induksi telah tiba selama 2 minggu di Olympic Sports Hotel, KL...Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..ehehhe..itulah ungkapan yg paling sesuai utk aku ungkapkan dek kerana bosan duk terperap di Hotel ni..Sesekali keluar ke bandaraya Kuala Lumpur, lagi menyesakkan kepala otak dengan jalan jem bagai..baik duk di Hotel je..


Kalau ikutkan jadual, agak padat, tetapi sesekali ada jg peluang free di mlm hari...Assignment perlu di siapkan tapi perasaan mls tu lagi menebal drp perasaan rajin, lantas esok kene anta asg, hari ni baru pulun nak buat..hehhehe..itulah asam garam manusia dan assignment ;)

Pada mulanya agak keberatan nak menghadapi hari2 kursus selama 2 minggu..Tapi syukur alhamdulillah, kwn2 semua ok dan setelah seminggu lebih, ukhwah antara kami semua sudah terjalin. Walau pun baru kenal tapi rasa mcm dah lama kenal. Namun tidak disangkal kewujudan makhluk2 yg agak "pelik"..Bukan pelik yg luar biasa tapi pelik kenapa perlu bersikap sinis, belagak dan sombong..Apa pun mereka tidak penting dlm hidup aku..abaikan saje spesis sedemikian ;)


Apa pun, esok kene anta assignment dan tinggal 2 hari je lagi utk menamatkan kursus ini...Aku harap, segalanya akan berakhir dgn baik... Insyaalah ;)

Wednesday, June 20, 2012










p/s: 17 & 18 Jun 2012, iaitu minggu lps, aku n Darus g Cameron Highland..Dengan tidak merancang ape2, juz  on the spot..saje nk release tension.. ;)

Saturday, June 16, 2012


Isra’ Mikraj merupakan mukjizat agung yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi SAW. Peristiwa ini berlaku dalam tempoh satu malam sahaja dan ditemani oleh Jibrail AS. Allah SWT menjalankan Nabi SAW dari tempat tidur baginda SAW iaitu di Mekah sehingga ke Baitul Maqdis dengan menaiki buraq, kemudian bertemu dengan para nabi yang terdahulu dan baginda mengimami solat secara berjemaah. Selepas itu Nabi SAW diangkat ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu dengan Allah SWT.
Peristiwa ini berlaku dalam keadaan sedar dan Nabi SAW dibawa jalan sehingga naik ke Sidratul Muntaha dalam keadaan berjasad dan roh, bukan hanya roh sahaja. Ini merupakan pendapat majoriti ulama berkenaan mukjizat mengenai peristiwa Isra’ Mikraj.[1]
Peristiwa ini disebutkan di dalam Al-Quran pada 2 tempat iaitu :
1- Dalam Surah Al-Isra’ pada ayat yang pertama, firman Allah SWT yang bermaksud :
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan keadaanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami.”
2- Dalam Surah An-Najm pada ayat ke-18, firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (kebesaran dan keagungan) Tuhannya.”
Tanda-tanda yang besar di sini ialah ketika peristiwa Isra’ Mikraj. Nabi SAW telah diperlihatkan mengenai keadaan ahli-ahli syurga dan neraka. Dan Nabi SAW telah bertemu dengan Allah SWT.
Antara seksaan yang perlihatkan kepada baginda SAW yang menimpa ke atas ahli-ahli neraka ialah :
1- Balasan mengumpat. Nabi SAW melihat mereka yang melakukan dosa mengumpat di dalam neraka memakan bangkai-bangkai.
2- Balasan memakan harta anak yatim secara zalim dan batil. Mereka dikenakan seksaan dengan memakan bara-bara api sehinggalah terkeluar semula bara api tersebut dari dubur mereka, dan mereka akan mengulanginya semula, sehinggalah tamat tempoh seksaan mereka atas dosa memakan harta anak yatim secara zalim
3- Dosa orang yang memakan riba’. Perut mereka dipenuhi dengan ular-ular yang hidup yang keluar masuk dari perut mereka.
Dan juga dosa-dosa lain seperti zina, orang yang tidak mahu menunaikan zakat, orang yang melakukan fitnah dan tidak melaksanakan amanah dengan baik. Selain itu Nabi SAW juga diperlihatkan dengan ganjaran bagi mereka yang berjihad di jalan Allah iaitu baginda SAW melihat sekumpulan manusia yang menanam tanaman kemudian menuai dan mendapatkan hasil pada kemudian hari. Jibrail berkata :
“Mereka itulah orang yang berjihad di jalan Allah, digandakan bagi mereka pahala sebanyak 700 kali ganda.

Thursday, June 14, 2012

Lebih kurang sebulan lepas aku booked tiket utk ke Bandung pada 26-29 Jun 2012..Hati girang yg teramat walaupun pada bulan 7 pun akan ada satu trip ke Bandung jg bersama kwn2 seperjalanan (Zul K & Pali)..Tapi gigih jg setuju nak g dulu bln 6 dgn kwn yg lain...Tinggal lagi kurang lebih 10 hari utk kesana..Hotel pun dah tempah...Tiket pun dah tersedia mcm kat bwh ni---->
Namun....segalanya telah berubah apabila semalam (14/6/2012) tepat pukul 4.30 aku dpt surat untuk ke Induksi di KL pd 25/6-5.7.2012...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....mmg kursus induksi tu aku dah tunggu berkurun lamanya..Tapi aku x mengharapkan dia dtg masa ni..adehhh...sungguh emosi plak rasanya di kala nk pukul 5 (time waktu balik)..Pastu, cube tenangkan diri..Bila fikir2kan balik, ada bagus nya juga...xpa, Adalah hikmah dia tu...Nt 28 July 2012 ni pun mmg aku da booked tiket ke Bandung kot..Allah dah aturkan yg terbaik utk aku..So, sekarang excited nk g kursus kL plak..dah lama x g kL jumpa kwn2..heheh...Kat bawah ni surat induksi ----->

Maka, kesimpulannya x leh g Bandung tapi minum air bandung sajoo..hoooOOooooooooo...waaaaaaargggghHHHhhhhh

Membuat keputusan yang bijak bukan senang...Keputusan yg kita buat tidak semestinya akan menyenagkan semua pihak..Itu lumrah kehidupan. Namun, apa yg penting, sebelum membuat keputusan sepatutnya berfikir secara waras dan berbincang. Paling afdhal buatlah solat hajat dan istikharah.. Insyaallah, allah akan memberikan petunjuk kpd kita supaya membuat keputusan yg terbaik..kita harus ingat bahawa sesuatu yang mengembirakn kita tidak semestinya yang terbaik utk kita...

 Demi kebaikan masing-masing, maka tanggal 9.6.2012 menjadi tarikh yg mungkin tidak akan dapat di lupakan..~wallahualam

Alhamdulillah hari ini 25 Jun 2012m bersamaan 25 rejab Allah masih memberikan nikmat hidup kpd ku dan kpd pembaca blog ini..Dgn nikmat yg Allah berikan itu, kita masih berkesempatan untuk meneruskan hidup dgn agenda tersendiri. Sedar tak sedar, hanya tinggal 5 hari lagi bulan rejab..Subahanallah,cepat btl masa berlalu..

Hari ini genap 31 hari arwah ibuku meninggalkan kami semua..Namun terasa bagaikan semalam ibu meninggalkan kami..Walaupun ibu tiada di sisi namun, aku dpt rasakan arwah masih ada dan aku sangat merindui ibu..Subahanallah..Beginikah rasanya perasaan org yg kehilangan org tersayang, apatah lagi anak2 yatim piatu.Pasti mereka lagi bersedih.Namun, walau apa pun berlaku, aku tetap bersyukur, Allah masih pinjamkan seorg ayah yg penyanyang utk kami sekeluarga..Allah masih pinjamkan segala nikmat kesihatan yg baik utk aku meneruskan hari2 utk mencari rezeki...Alhamdulillah syukur...

Di hari jumaat yg mulia ini, sedang aku mendengar alunan merdu surah al-kahfi, terasa sayu..sayu entah kenapa...sesekali air menitis bagaikan titisan hujan renyai...Subahanallah sungguh indah bacaan ayat suci al-quran ini..Dikala terasa sayu, perasaan rindu pada ibu dan ayah sgt mendalam..Ya Allah kuatkan lah hatiku ini ya Allah..

 

;;