Friday, April 29, 2011

Bagaikan x cukup masa 24 jam di hari jumaat...Harusku tambah lagi beberapa jam utk menyiapkan tanda paper Thermo ni...dr pg smlm sampai ke tgh mlm smlm~dr pd sampai ke tgh hari ni baru siap 27 org..ada lg 20 org..hooOOoo..nk muntah dah tgk kertas ni....tP syukurla smua maseh lulus skng..ada 2 3 org yg A...lagi baki 20 org ni wallahualam..harap2 la anak asuhku semua lulus...dorang pOn ada matlamat sendiri,tambah2 dak2 tahun akhir,sure ada nk smbung blaja dan ada juga yg nak kerja..sO kalo da fail,mesti membatasi segala~galanyer...Pasti hancur harapan..ehehhe...(memahani lak aku ni)...

Walopon ada 20 org lagi, tP ada 1 kelas lg x cek subjek Machine Mechanics..huhhh..yg tu agak teruk sket, nmpk mcm ada harapn faiL he..em..xpe2,,baik aku tenangkan diri dulu smlm cek paper dorang tu..aku ingatkn student aku je y problem, upernyer 4 kls smua mcm tu..mmg subjek tu susah kot..kdg2 aku mgjar pon agak tragis gak cabaran die..hee..ape2 pon harap yg terbaik dr-NYA..Inysa-Allah....

Wednesday, April 27, 2011

wisdOm


Failures do what is tension relieving, while winners do what is goal achieving.
~Dennis Waitley~



The difference between a successful person and others is not a lack of strength, not a lack of knowledge, but rather a lack in will.
~Vince Lombardi~







Monday, April 25, 2011

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi...



Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w..t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ...







Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur

di suatu ketika dulu. Hanya

boleh disebarkan pada orang2

tertentu sahaja...



Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu

pernah diceritakan bahawa terdapat

satu bilik dipanggil "Bilik

Terakhir". Dibilik inilah seringnya

berlaku kejadian pelik sejak Penjara

Pudu ditutup.



Dinamakan "BILIK

TERAKHIR " adalah kerana dulu ia

merupakan bilik kediaman terkahir

bagi si pesalah jenayah berat

sebelum menjalani hukuman gantung

sampai

mati pada keesokan harinya dibilik

gantung.



Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah

dikatakan akan meratap,menangis,

menjerit, bercakap seorang diri dan

berbagai lagi perlakuan kerana

menyesali kesalahan mereka yang

lalu. Mereka menjadi begitu kerana

dikatakan tidak kuat semangat

menghadapi maut keesokan harinya yang

telah diketahui mereka.



Menurut kata

warden-warden yang masih ada di

Penjara Pudu sewaktu proses

pengosongan Penjara Pudu dijalankan,

mereka sering terdengar suar a-suara

sayu meminta tolong, suara orang

menangis dan bermacam-macam lagi

dari Bilik Terakhir tesebut.



Tak kurang juga ada diantara warden yang

terlihat seekor kambing hitam

sering masuk menembusi pintu bilik

itu tanpa dibuka dan kemudian tidak

pula kelihatan kambing keluar semula.



Ramai bomoh dan pawang yang

dipanggil bagi memulihkan bilik

tersebut

mengatakan bahawa suara-suara yang

sering kedengaran diwaktu malam

dari Bilik Terakhir itu adalah

akibat roh-roh pesalah yang mati ditali

gantung tersebut tidak tenteram

kerana mati mereka ditali gantung.



Nak dijadikan cerita pada suatu

malam Jumaat ketika hujan

renyai-renyai seorang warden telah

ditugaskan mengawal kawasan yang

berhampiran dengan "Bilik Terakhir"

itu. Ketika sedang berkawal

kira-kira lebih kurang pukul 01:00

pagi beliau terdengar seperti tapak

kaki sedang berlari-lari berhampiran

bilik tersebut.



Ia cuba beranikan diri untuk untuk

melihat apakah bendanya itu.Sedang

ia mengamat-amati maka terlihatlah

dalam kesamaran seekor kambing

hitam sedang menuju kearah Bilik

Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Ia berasa harian bagaimana seekor

kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan

juga diri menghampiri Bilik

Terakhir itu.



Alangkah terperanjatnya mendapati

pintu bilik itu telah bertukar

menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa

gementar, seram serta menggigil

ketakutan namun diberanikan juga

diri memasuki pintu gua yang

samar-samar itu sambil meninjau-

ninjau didalamnya jika terlihat akan

kambing tadi. Apabila apabila sampai

je kedalam gua tersebut alangkah

terperanjatnya ia bila didapati

banyak harta karun dalamnya. Ia cuba

mengambil harta itu tetapi tiba-tiba

hilang dari pandangan lalu

menjelmalah satu lembaga yang

mengerikan seraya berkata,















"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak

sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan

kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad

Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha

Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang

punyaaaaaa ... "









udah tuuuuuuuuu.. ........ peeee buat keja......... ......... .......









Tahniah kerana minat membaca.









1st time dengar lagu Politeknik masa mesyuarat bulanan...Agak menarik melodi nyer..=)

Wednesday, April 20, 2011

Khamis

fuHhhh...Lega rs..baru lepas jumpa students Thermodynamics 2....Bagi pesanan terakhir sebelum dorang amik paper 27hb ni...Lagi pun hari ni je yg ada, esOk sampai Isnin aku balik kampOng..sO x sempat nk jumpa dOrang.Lagi pOn bolehla dorang study awal sket..hehhe..(harap2 ler,kalo aku dulu last minit br stdy..ngeh3~)..Kesian lak aku pikir utk student Kaji Daya Mesin aku..xda tip lansung..semua harapkan latihan n discussion dLm kelas..harap2 la dorang leh survive n cemerlang nanti..

******
Semalam..dapat berita mengejut dr kakak aku yg duk kL..Katanya abg aku begaduh...Ada org serang die...Subahanallah terkejut aku dgr...Citernyer mcm ni.

..Satu hari tu abg aku keje kat opis die, my b OT kot sampai mlm..nak di jadiakan cerita, dengan kuasa ALLAH, dia nmpak Pak Gad mencuri..tP Pak Gad tu tergamam dan letak balik brg nk curi tu sb abg aku nampak dia..then, abg aku x wat report pon...Mungkin Pak Gad tu rasa takut n cuak, keesokan hari nyer die g wat report kat boss yg Abg aku mencuri..mmg kuang aja!sakit atiiii aku dgr...mmg kene laknatlah Pak Gad benggong tu....Pastu x tau ape citer seterusnyer, katanye Pak Gad tu dtg serang abg aku dgn chota,berlaku lah pergelutan kat situ dan abg aku luka sikit sb jatuh atas tar...Pak Gad tu g serang kat luar tempat keje rasanyer...

Then, di pendekkan citer, tau2 tunang abg aku kol akak aku stOry kejadian tu..Aku risau, aku kol tunang abg aku tu sb masa tunang abg aku kOl akak aku, tgh cuci luka kat hOspitaL Pantai...Bila aku kOL dorang ada kat balai buat lapOran pOlis...Harap2 Pak Gad tu dpt balasan...dan semoga abg aku di lindungi ALLAH swt..amin..

Tuesday, April 19, 2011

Cara Cara / Langkah Membeli Kenderaan Baru




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna


Semua orang ingin memiliki kenderaan sendiri. Bergantung kepada kemampuan kewangan sendiri sama ada membeli kenderaan baru atau terpakai. Biarpun membeli kenderaan baru menyeronokkan bukan sahaja dapat menikmati pemanduan secara selesa dan menyenangkan, tetapi jika tidak berhati-hati, kenderaan yang baru dibeli itu akan menimbulkan masalah.


1.Ketika membuat tempahan


•Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau bank deraf. Bayaran tunai tidak digalakkan.


•Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resit rasmi syarikat serta merta sebagai mengakui penerimaan bayaran.


•Pastikan borang tempahan diisi dengan betul seperti maklumat peribadi, maklumat pinjaman dan maklumat kenderaan.


•Satu salinan yang lengkap dan ditandatangani hendaklah disimpan oleh pembeli.


•Pembeli hendaklah membaca dan memahami keseluruhan terma dan syarat yang terkandung dalam borang tempahan.




2.Membuat pinjaman




Ketika memohon pinjaman, serahkan dokumen-dokumen berikut :


•Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar.


•Salinan fotokopi kad pengenalan yang dicatatkan perkataan 'untuk tujuan pinjaman dengan syarikat kewangan' bagi mengelakkan penyalahgunaan salinan tersebut.


•Salinan fotokopi lesen memandu atau sekeping gambar.


•Slip gaji terbaru bagi tempoh tiga bulan.


•Penyata akaun simpanan/semasa/tetap


•Borang cukai pendapatan.


•Borang EA.


•Surat perlantikan tawaran kerja.


•Borang 9, 24, 49 M & A, resolusi syarikat (jika pembelian oleh syarikat).


Apabila pinjaman telah diluluskan, sila ambil tindakan berikut :


•Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkan dalam surat jaminan seperti jumlah pinjaman, tempoh bayaran, kadar faedah dan jenis atau model kenderaan.


•Semua dokumen mengenai perjanjian pinjaman ditandatangani di syarikat kewangan.


•Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalian proses pinjaman kenderaan.


•Pendaftaran Kenderaan


Pendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranya :


•Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman).


•Surat Akujanji dari syarikat kewangan dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskan sepenuhnya.





Untuk tujuan pendaftaran, kemukakan dokumen-dokumen berikut di Jabatan Pengangkutan Jalan :


•Salinan fotokopi kad pengenalan pembeli yang disahkan (dicatatkan perkataan ' untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja'.


•2 salinan JPJ K1 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli.


•Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli dan juga ditandatangani oleh seorang saksi.


•Surat jualan dari syarikat pengedar.


•Dokumen perlindungan insurans yang berkuatkuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembeli dan kenderaan.


•Surat tuntutan hak milik dari syarikat kewangan.


•Resit tender nombor pendaftaran (jika ada).


•Untuk mendapatkan pendaftaran segera, pembeli perlu hadir di Jabatan Pengangkutan Jalan.


•Bayaran pendaftaran kereta, cukai jalan dan tuntutan hak milik termasuk dalam harga kenderaan yang diisytiharkan.


•Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kes seperti :


•Penukaran nombor pendaftaran yang melibatkan pengekalan nombor pendaftaran lama kepada kereta baru.




3.Semasa penyerahan kenderaan




Apabila menerima kenderaan baru, sila pastikan :


•Kereta tersebut sempurna dan memuaskan.


•Perkakas dan aksesori lengkap dibekalkan.


•Buku jaminan diisi dan dicop dengan cop syarikat wakil pengedar dan ditandatangani oleh pembeli.


•Borang penyerahan rasmi syarikat pengedar kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeli dan wakil syarikat pengedar dan satu salinan disimpan oleh pembeli.

aLhamduliLLah syukur...Allah masih bagiku kesempatan utk menikmati dunia ini...
Hari ini seperti hari2 biasa...6.3Oam jam berbunyi...relex kejap~bangun~Mandi~sOlat~terus dtg keje....Itu lah rutin harian Isnin-Jumaat..Lain oulak aktivitasnya bila sabtu dan ahad...heheheh

Minggu ni mmg betul2 rs keje gOmen..yeLa..student exm, kelas x da..boleh la relex sekejep..sekejap je yea!bkn lama pon..next week bz tanda kertas..next 2 weeks ada shOrt course bebudak ni..sure kene amik paper thermo 2 n machine mechanics lagi..hohOOoo...em..x pe la,minggu ni relex dulu..santai ber-blog pagi2 hari lagi...hahaha...bila lagi ada peluang mcm ni, xselalu dtg..=)

eh....tengah2 menulis ni, member aku shah tmsg ajak g mkn..ngeh3~mcm tau2 jek aku lapo ni..kOL 11 kang ada paper nk kene jg...better g breakfst duLu..kang rebah menyembah lantai tatkala duk pusing2 dLm dwn tu..ahahah...tggu shah dtg amik la....sementara tu sambung ber-blog kejap...

FaiL2 yg nak di audit ada yg x siap lg..tp x boleh nk buat ape sb dokument yg x lengkap tu kene amik dr lecturer2 lama..tP dorang pon x siap lg..terpaksa lah tunggu..kdg2 tgk dorang ni mcm students gak...Last minutes br nk buat keje..ni audit x dtg,maka x siap lg la..adesss kene tunggu plak...Aku ni mmg x rajin tahap gaban, tp aku ni bkn jenis suka tangguhkan keje..kalO boleh nk siapkan awal2 supaya pasni x kelam kelibut..tP bila dorang x siap,apakan daya aku yg hanya seorang lecturer baru ni...x kan nk bg arahan kat dorang!masing2 da besar pjg beranak pinak da...hishhhh..peLik btL aku...kaLo student buat mcm tu, marah-bebeL..tp diri sendiri pOn sama..em..Mungkin ini lumrah manusia...x pe la, semoga Allah buka pintu hati kita agak lebih komited dlm keje...amin..:D

Huishh...mana kah Shah ni x sampai lg..Shah tu kene jg unit exm..meh aku citer sket la pasal shah..sb x da benda nk tulis ni,otak kosong sb lapo..hehehhe..Saudara Shah telah di lantik jg pegawai unit exam yg mn da berbelas org agaknyer tukar2..hehe..sb unit exm ni leceh sjet, bnyk keje..opis die kat admin tp shah duk di department JKM lg..cume kene ulang alik ler jika ada keje...sO pagi2 lagi sHah dah naik opis exm kat atas sb die kene prepare nk bg soalan exm kat lec yg jaga pg2 ni...itu lah shah serba sedikit..heheh~nak tgOk gmbar sHah??ni ha...


shah juga adalah housemate aku..eh..ok lah shah tunggu kat luar....nanti sambung lagi kalo ada kesempatan..hai hai bye bye....=)

Jam sudah pukul 4.45 ptg...Hari ni adalah hari relex sedunia ke???heheh..satu hari suntuk hanya buat keje2 simple pastu x da keje da..ehehe...Pagi td siapkan file sket, susun nota2 mgajr yg lepas, buat boarder...da complete, no more job..huk3~

Then, aktiviti seterusnyer adalah meng-update blog..hehehhe..Rasa bahagie lak leh tulis blog arini...Ada satu lg citer sebenarnyer..Percutian di Thailand pada 29~31 April 2011 iaitu lepas balik dr Singapore..tP x larat lak nk menulis ari ni..Da dekat nak balik da...sO kalo ada peluang aku tulis sket pengalaman kt sana...Pengalaman suka,duka,takut,kelakar...semua ada..ahahah..

Nantikan........=)

Niat Baik

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

"Aku adalah Syaitan"

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'


MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt .



;;