Monday, April 25, 2011



1st time dengar lagu Politeknik masa mesyuarat bulanan...Agak menarik melodi nyer..=)

Wednesday, April 20, 2011

Khamis

fuHhhh...Lega rs..baru lepas jumpa students Thermodynamics 2....Bagi pesanan terakhir sebelum dorang amik paper 27hb ni...Lagi pun hari ni je yg ada, esOk sampai Isnin aku balik kampOng..sO x sempat nk jumpa dOrang.Lagi pOn bolehla dorang study awal sket..hehhe..(harap2 ler,kalo aku dulu last minit br stdy..ngeh3~)..Kesian lak aku pikir utk student Kaji Daya Mesin aku..xda tip lansung..semua harapkan latihan n discussion dLm kelas..harap2 la dorang leh survive n cemerlang nanti..

******
Semalam..dapat berita mengejut dr kakak aku yg duk kL..Katanya abg aku begaduh...Ada org serang die...Subahanallah terkejut aku dgr...Citernyer mcm ni.

..Satu hari tu abg aku keje kat opis die, my b OT kot sampai mlm..nak di jadiakan cerita, dengan kuasa ALLAH, dia nmpak Pak Gad mencuri..tP Pak Gad tu tergamam dan letak balik brg nk curi tu sb abg aku nampak dia..then, abg aku x wat report pon...Mungkin Pak Gad tu rasa takut n cuak, keesokan hari nyer die g wat report kat boss yg Abg aku mencuri..mmg kuang aja!sakit atiiii aku dgr...mmg kene laknatlah Pak Gad benggong tu....Pastu x tau ape citer seterusnyer, katanye Pak Gad tu dtg serang abg aku dgn chota,berlaku lah pergelutan kat situ dan abg aku luka sikit sb jatuh atas tar...Pak Gad tu g serang kat luar tempat keje rasanyer...

Then, di pendekkan citer, tau2 tunang abg aku kol akak aku stOry kejadian tu..Aku risau, aku kol tunang abg aku tu sb masa tunang abg aku kOl akak aku, tgh cuci luka kat hOspitaL Pantai...Bila aku kOL dorang ada kat balai buat lapOran pOlis...Harap2 Pak Gad tu dpt balasan...dan semoga abg aku di lindungi ALLAH swt..amin..

Tuesday, April 19, 2011

Cara Cara / Langkah Membeli Kenderaan Baru




Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna


Semua orang ingin memiliki kenderaan sendiri. Bergantung kepada kemampuan kewangan sendiri sama ada membeli kenderaan baru atau terpakai. Biarpun membeli kenderaan baru menyeronokkan bukan sahaja dapat menikmati pemanduan secara selesa dan menyenangkan, tetapi jika tidak berhati-hati, kenderaan yang baru dibeli itu akan menimbulkan masalah.


1.Ketika membuat tempahan


•Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau bank deraf. Bayaran tunai tidak digalakkan.


•Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resit rasmi syarikat serta merta sebagai mengakui penerimaan bayaran.


•Pastikan borang tempahan diisi dengan betul seperti maklumat peribadi, maklumat pinjaman dan maklumat kenderaan.


•Satu salinan yang lengkap dan ditandatangani hendaklah disimpan oleh pembeli.


•Pembeli hendaklah membaca dan memahami keseluruhan terma dan syarat yang terkandung dalam borang tempahan.




2.Membuat pinjaman




Ketika memohon pinjaman, serahkan dokumen-dokumen berikut :


•Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar.


•Salinan fotokopi kad pengenalan yang dicatatkan perkataan 'untuk tujuan pinjaman dengan syarikat kewangan' bagi mengelakkan penyalahgunaan salinan tersebut.


•Salinan fotokopi lesen memandu atau sekeping gambar.


•Slip gaji terbaru bagi tempoh tiga bulan.


•Penyata akaun simpanan/semasa/tetap


•Borang cukai pendapatan.


•Borang EA.


•Surat perlantikan tawaran kerja.


•Borang 9, 24, 49 M & A, resolusi syarikat (jika pembelian oleh syarikat).


Apabila pinjaman telah diluluskan, sila ambil tindakan berikut :


•Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkan dalam surat jaminan seperti jumlah pinjaman, tempoh bayaran, kadar faedah dan jenis atau model kenderaan.


•Semua dokumen mengenai perjanjian pinjaman ditandatangani di syarikat kewangan.


•Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalian proses pinjaman kenderaan.


•Pendaftaran Kenderaan


Pendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranya :


•Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman).


•Surat Akujanji dari syarikat kewangan dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskan sepenuhnya.





Untuk tujuan pendaftaran, kemukakan dokumen-dokumen berikut di Jabatan Pengangkutan Jalan :


•Salinan fotokopi kad pengenalan pembeli yang disahkan (dicatatkan perkataan ' untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja'.


•2 salinan JPJ K1 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli.


•Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli dan juga ditandatangani oleh seorang saksi.


•Surat jualan dari syarikat pengedar.


•Dokumen perlindungan insurans yang berkuatkuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembeli dan kenderaan.


•Surat tuntutan hak milik dari syarikat kewangan.


•Resit tender nombor pendaftaran (jika ada).


•Untuk mendapatkan pendaftaran segera, pembeli perlu hadir di Jabatan Pengangkutan Jalan.


•Bayaran pendaftaran kereta, cukai jalan dan tuntutan hak milik termasuk dalam harga kenderaan yang diisytiharkan.


•Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kes seperti :


•Penukaran nombor pendaftaran yang melibatkan pengekalan nombor pendaftaran lama kepada kereta baru.




3.Semasa penyerahan kenderaan




Apabila menerima kenderaan baru, sila pastikan :


•Kereta tersebut sempurna dan memuaskan.


•Perkakas dan aksesori lengkap dibekalkan.


•Buku jaminan diisi dan dicop dengan cop syarikat wakil pengedar dan ditandatangani oleh pembeli.


•Borang penyerahan rasmi syarikat pengedar kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeli dan wakil syarikat pengedar dan satu salinan disimpan oleh pembeli.

aLhamduliLLah syukur...Allah masih bagiku kesempatan utk menikmati dunia ini...
Hari ini seperti hari2 biasa...6.3Oam jam berbunyi...relex kejap~bangun~Mandi~sOlat~terus dtg keje....Itu lah rutin harian Isnin-Jumaat..Lain oulak aktivitasnya bila sabtu dan ahad...heheheh

Minggu ni mmg betul2 rs keje gOmen..yeLa..student exm, kelas x da..boleh la relex sekejep..sekejap je yea!bkn lama pon..next week bz tanda kertas..next 2 weeks ada shOrt course bebudak ni..sure kene amik paper thermo 2 n machine mechanics lagi..hohOOoo...em..x pe la,minggu ni relex dulu..santai ber-blog pagi2 hari lagi...hahaha...bila lagi ada peluang mcm ni, xselalu dtg..=)

eh....tengah2 menulis ni, member aku shah tmsg ajak g mkn..ngeh3~mcm tau2 jek aku lapo ni..kOL 11 kang ada paper nk kene jg...better g breakfst duLu..kang rebah menyembah lantai tatkala duk pusing2 dLm dwn tu..ahahah...tggu shah dtg amik la....sementara tu sambung ber-blog kejap...

FaiL2 yg nak di audit ada yg x siap lg..tp x boleh nk buat ape sb dokument yg x lengkap tu kene amik dr lecturer2 lama..tP dorang pon x siap lg..terpaksa lah tunggu..kdg2 tgk dorang ni mcm students gak...Last minutes br nk buat keje..ni audit x dtg,maka x siap lg la..adesss kene tunggu plak...Aku ni mmg x rajin tahap gaban, tp aku ni bkn jenis suka tangguhkan keje..kalO boleh nk siapkan awal2 supaya pasni x kelam kelibut..tP bila dorang x siap,apakan daya aku yg hanya seorang lecturer baru ni...x kan nk bg arahan kat dorang!masing2 da besar pjg beranak pinak da...hishhhh..peLik btL aku...kaLo student buat mcm tu, marah-bebeL..tp diri sendiri pOn sama..em..Mungkin ini lumrah manusia...x pe la, semoga Allah buka pintu hati kita agak lebih komited dlm keje...amin..:D

Huishh...mana kah Shah ni x sampai lg..Shah tu kene jg unit exm..meh aku citer sket la pasal shah..sb x da benda nk tulis ni,otak kosong sb lapo..hehehhe..Saudara Shah telah di lantik jg pegawai unit exam yg mn da berbelas org agaknyer tukar2..hehe..sb unit exm ni leceh sjet, bnyk keje..opis die kat admin tp shah duk di department JKM lg..cume kene ulang alik ler jika ada keje...sO pagi2 lagi sHah dah naik opis exm kat atas sb die kene prepare nk bg soalan exm kat lec yg jaga pg2 ni...itu lah shah serba sedikit..heheh~nak tgOk gmbar sHah??ni ha...


shah juga adalah housemate aku..eh..ok lah shah tunggu kat luar....nanti sambung lagi kalo ada kesempatan..hai hai bye bye....=)

Jam sudah pukul 4.45 ptg...Hari ni adalah hari relex sedunia ke???heheh..satu hari suntuk hanya buat keje2 simple pastu x da keje da..ehehe...Pagi td siapkan file sket, susun nota2 mgajr yg lepas, buat boarder...da complete, no more job..huk3~

Then, aktiviti seterusnyer adalah meng-update blog..hehehhe..Rasa bahagie lak leh tulis blog arini...Ada satu lg citer sebenarnyer..Percutian di Thailand pada 29~31 April 2011 iaitu lepas balik dr Singapore..tP x larat lak nk menulis ari ni..Da dekat nak balik da...sO kalo ada peluang aku tulis sket pengalaman kt sana...Pengalaman suka,duka,takut,kelakar...semua ada..ahahah..

Nantikan........=)

Niat Baik

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

"Aku adalah Syaitan"

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'


MORAL :

Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tsbt .



Hari pertama di Singapore adalah jln2~tawaf2 Sentosa Island...Hari ke-2 pula adalah ke Marina Bay , Bugis dan jln2 Singapore. aL~maklumlah hari ke-2 akan meninggalkan bumi Singapore yg kali pertama kami menjejakinya..x boleh nk extend kan lg vacation kami sb esOknyer zul K keje...so, nak x nak kami kene balik Malaysia mlm ni gak..Flight pukul 11mlm....Anyway, sebelom balik kene jln puas di Singapore...jOmmm kita singkap perjalanan kami di ari terakhir.....zassSSSssss.....:-)

Hari ke-2 perjalanan kami adalah masuk semula ke Singapore..Semalam, lepas balik dr Singapore kami cari hotel di sekitar JB Square sb sennag utk kami naik bas ke Singapore semula...jadi, Johor Bharu Hotel menjadi pilihan kami..Mmg selesa lah berbanding hotel yg 1st day kami duduk...Dlm benak pikiran skng,x kesah berhabis sikit asal selesa dlm percutian kali ini..heee...sO, lepas check out hari ke-2, kami terus naik bas ke wOodlands..perjalanan kami masih sama seperti semalam...cuma semalam menuju ke Sentosa Island, tpi hari ni kami menuju ke Marina Bay dan membawa bebanan yg amat berat yg menjadi kekangan kepada kami untuk bergerak...yakni beg..beg..dan beg...yang membuat kan kami memperkenalkan diri sendiri sebagai tema "back pecker"..Mula2 bangga dgn gelaran tu sb nmpak mcm pelancOng...ahahhaha....*sigh*
taPi..bila da jauh berjalan,naik-turun bas...naik-turun train..rs mcm nk campak je beg2 tu semua...huh!!!Berat ya amat..ye la,kam terpaksa bw beg tu semua sb mlm nt terus ke airport Changi di Singapore utk balik ke kL..huhhhh...nk x nk kene galas gak beg yg berat mcm badak sumbu tu..hukhuk3....sO perjalanan kali ni x se-enjoy semalam.hoOHHooooOOo...

Kemudian, kami pon sampai di Marina Bay..fuhhh..hilang sekejap rs penat dan nk marah kat beg tu..ehehhe..ye la,pemandangan yg meletOOooppp chantek tu mmg boleh menghilangkan segala mslah yg terbuku di fikiran..ce cube..ce cube tgk gmbo ni..hek3....




Cam ner??chantek kan???em...sekali tgk mcm Hong Kong...MMg best la..Pastu da puas duk lepak2 santai kat situ,kami masuk ke dalam Mall kat situ yg ala2 Pavillion...saksikan..






Lepas g mkn, jln2 kt dlm maLL yg serba mahal tu..kami pon keluar semula kat luar td rehat2 dan fikirkan next destination...Tujuan sebenar masuk mall td, ingatkan ada tempat nk simpan beg..tP x da plak...bila tye receptionist tu, dia kata tempat ada tP hanya utk customer Casino sahaja..hohohOOoo..x kan kami nk kene masuk casino hanya semata nk letak beg..kang x pasal2 kene panah petir..eheheheheh#..jadi kami pon keluar je la...Sepatutnyer kami tunggu kat situ sampai kol 6 sb pejal ckp dia nk jumpa kat situ kol 6 lepas die abis keje..tp bila pikir2 balik, skng kol 1...nk tunggu kol 6 tu *masak ler..sO, kami buat keputusan utk pegi je mn2 ikut signboard...sO, dlm perjalanan nk tinggalkan Marina Bay tu, kami sempatlah berpotograpi sket..heheheh..





Kemudian, next destination adalah Bugis..Tempat membeli belah yg org kata best sb ala2 Petaling Street...Banyak gak kedai, byk brg...Mmg murah la brg2 kat situ compared dgn tempat lain..Kalo bw duit sikit tu mmg x cukup la..So kat situ sempat la aku beli baju, serviniour utk bw balik nt =)..Kat bawah ni ada sikit gambar kat sana----->





Lepas abis shopping kat Bugis, kami pon ke last destination yakni Airport Changi...Itu lah destinasi terakhir kami.....Di Airport tu sekali lgi peristiwa kelakar telah berlaku...

Ce citer..ce citer....heheheh3~

Citernyer mcm ni, kami sampai airport awal..dlm kol 9 dah sampai..tP duk lepak2,mkn mC D' dan lepak2 kat airport tu bersama Pejal..Pejal nk tunggu smpai kami gerak...sO duk bersembang2...dlm kol 10 gate x buka lg bila tgk kat notice board tu..Dlm kOL 10.20 barula notice board tu *menunjukkan gate telah di buka..Maka kami berjalan nk masuk,tibe2 notice tu bertukar sign ~gate Open(Last Call)..ahhhh....terkejut kami tgk...apa lagi..semua lari pecut sedunia...dah la gate nyer jauh..berlari-jln-berlari-jln x sampai lagi..last sekali sampai kat imegressen...kami masuk kat imegresen tiga-tiga terus sb mcm rush sampai x leh berfikir..org imegresen tu tgk pelik je pastu dia ckp.."excuse me sir, one-by-one,pls Q"...muahahahha...masa tu kami rs mcm..adehhh..malunyer...sob3~(sambil berundur dan Q) ahahha...Pas check imegressen terus lgi berlari ke boarding,tempat die jauh giler ada dlm 10 minit kot belari..huhuh~ Kirenyer di sebabkan faktor saiz badan, aku la org last sekali antara ber 3 tu...tP bila di pikir2 semula, bagus gak aku duk last skali sb....jeng...sebabnyer..sekali lagi temalu...kwn aku magkuk hayun 2 oekor tu (Pali & Zul K) dengan selamber masuk terus kat boarding n menuju ke flight...Aku kat belakang ni tgk pramugari berlari2 ank ikut dr belakang..aku pon ikut..aku ingat mmg pramugari tu mmg tunggu kami je...ruper2 nyer...dia kejar si Pali n Zul K..Dia kata, "Sir, The gate not open yet to enter the flight"..muahahahha..sekali lg termalu..org yg tgh tunggu kat kerusi tu tengOk semcam je..naseb baik la aku kat blkg seklai..,uahahahhaha....

Pastu kol 11mlm kamu pon departure la..dlm kol 12 sampai kL~itu lah kesah percutianku di Singapore..Very Interesting =)







~the eNd~

Monday, April 18, 2011

Aku hampir terlupa untuk berkongsi pengalaman yg cukup best tatkala bercuti ke Singapore pada 26~28 Mac 2011..ia nya tak lama tp its a nice vacation~ :D

Bermula nyer perjalananku dr Perlis (Jumaat-7.00 mlm) menuju ke Airport Alor Star...Thanks to Shah sb hantar aku ke sana..Flight aku ke KL sepatutnyer pukul 9 mlm, tP delay sO gerak kol 10.40mlm da..sampai KL kol 11.40mlm..Kesian kat Pali n Koma tunggu sana lama..sempatlah dorang g makan kat marrybrown n mkn ayam yg ada bulu..ngeh3~tragis tOl!! ahahha..

Then, dr LCCT airport gerak ke Bangi lepak2 dengan Lon, Izni,Pali,Koma kat restoran Sup urat keting yg femes dgn satay best..nyum3~aku yg mmg lapa yg x mkn lg sejak dr balik keje,apa lagi..telah membaham nasi goreng kg dan satay...muahahhaa~nak blnja dorang tp masing2 da kenyang sO blnja satay je mlm tu..Biasalah..aku yg 1st gaji setelah 3 bulan merempat di Perlis tu mahu di paw oleh kwn2,tp kwn2 x reti amik kesempatan lak..ahaha..dorang da kenyang..maka mlm tu blnja satay dan minum sahaja....mkn punyer mkn tgk jam dah hampir kol 2 pagi..Maka kami pon balik..sb esok pali keje koma plak ada trip ke PD dgn department die...Balik umh plak bkn dpt tdO..duk bersembang dgn pali hampir kol 4 br tdO..ahaha..maklumlah lama x jumpa,bnyk gossip penting yg perlu di kOngsi...kalo boleh x nk ketinggalan walopon 1 cerita..ahahha...Bkn gosip ape,cume perkembangan kwn2 je..heheh~kemudian tdOo..zZZZzzzzzzz...

EsOk pagi Pali g keje,aku la dok umh sorang2 dengan aktivitas ku....Keluar pusing2 Bangi yg sudah 3 bln di tinggalkan,rs rindu gile..sempat lah jumpa kawan2 Sony dulu, pastu lepak2 dengan Hilmi member aku yg kenal ms praktikal Sony tahun 2007 dulu..Dipendekkan citer..aku g cr tiket bas ke JB mlm tu sb nk kumpul JB dulu sbln g sengapore sb member aku 2 sorang lg tunggu sana...

26.3.2011. Pukul 7mlm kami pon naik la bas..kami tu merujuk pada (Aku, Pali dan Zul K)..Naik bas Eagle yg mana aku da coppppp x mau naik lg...Da la bw lembap, x best lak tu..bdget dlm 11mlm sampai la JB, tp di sebabkan kelembapan driver tersebut sampai hampir kol 1..Kesian kawan aku Ijad yg tungggu kat JB tu...Sampai sana je, Ijad amik g checkin kat JB then kuar mkn...Kat situ sekali lg fenomena tdO lambat bile lepak punyer lepak kol 2 lbh br balik hotel..Dkt kol 4 jg la baru tdO..padahaL esok...eh..esok apenyer,,dikire hari yg sama la kan kol 6pg janji dgn sorang lagi member, Pejal nk jp kat imegresen Singapore..maka kami pon tdOoo..zzzzaZZZzzzz....

Ntah semangat apakah yg bersatu dengan kami..tDo lambat tp kol 6 da bole bngun siap2 turun nk g ke Singapore..tP biasalah janji Melayu..jnji kol 6 di Imegressen, tp kol 6 kami br bangun dan bersiap...kOl 7 bertolak ke Larkin...Perancangan nyer di Larkin bole terus ke Singapore..Bila tibe kat sana, Pejal ckp die nk masuk JB dulu sb nk g bank (Pejal tu member aku yg keje di Singapore)..mmg perasaan masa tu sungguh cis!huhuh~kalo la pejal tu ckp nk ke Jb, x da nyer kami nk ke Larkin.Kami tunggu je kat Jb train station..huhuh..x ke jd 2 keje lak...dr Larkin kami naik Teksi lak ke Terminal kat City Square JB..So dr janji kol 6 pg td nk jumpa, kol 10 br nampak batang idung Pejal.Dalam ms tunggu pejal tu, kami sempat ler g tukar duit kat Pengurup Wang..masa tu rate 2.4..So, aku tukar RM700,dapatlah dlm $300 dollar..huhuhh..mahalnyer duit singapore.Then, lps setel pejal ke Bank kami pon bertolak la ke SIngapore...

Ok,ni baru nk masuk citer ke Singapore..kehkeh3~
Dr terminal tu kami naik bas ke wOodlands...Bas plak bukan mcm kat malaysia ni, mostly org sana pakai kad mcm kad touch n go..kalo paki syiling leceh sket sb kene btl2 cukup..Nasib baik la pejal pinjamkan Kad dia pada aku n Pali..Zul K n Ijad guna syiling..heehe..Then, setibanyer di imegressen, kami kene turun bas n g check up kat imegresen tu.Sebelum checkup tu kene isi form 'white card' utk org asing masuk ke negara dorang..Pastu..Ya ampun, org2 sana berjaln mcm lipas kudung..laju semacam je..mcm org2 Jepun je aku tgk..Mmg totally x sama lah dgn org Malaysia yg berjalan lenggang kangkung ni..Dorang bjln bagaikan mengejar sesuatu yg berharga..Ye,mmg mereka mengejar!mereka mengejar masa!!Masa adalah sangat berharga...Sampai aku sempat tgk live la org jatuh tangga sb berjaln laju sangat...ish3~Bagus betul budaya mereka...

Kemudian, lepas je checkup kat imegressen, turun balik dr bangunna imegresen tu dan kejar balik bas yg kita naik td..kalo bas tu terlepas, kene lah amik bas lain..sO, itu lah kelebihan kad touch n go yg aku ckp td..sb masa naik bas, kite kene touch...nt die akan tolak amount yg sampai ke destinasi..Kemudian, bila nk turun g checkup touch lg sb die akn masukkka balik amuount yg di tolak td, die akn potong amount yg hanya sampai ke imegresen saja..so kalo bas tu terlepas utk naik balik lps checkup, kita x rugi la..kalo guna syiling agak rugi la kalo bas terlepas sb nt nk naikbas lain kene byr lain..itu la kebaikan kad tersebut..hehhe


Then, naik bas dan terus ke wOodland..dr WOodland tu amik train dan terus ke Sentosa Island...Masa dlm Perjalannan ke Sentosa Island tu aku sangat teruja bila lihat pemandangan yg sangat indah..Kebersihan mmg aku leh bg 99%. 5star la...Rumah flat dorang subahanallah..mcm kondo tahap kebersihannyer..mmg rasa aman je..Pemandangan mmg tahap tip tOp....Then, bila sampai di Sentosa Island,sekali lg hatiku tersentap dengan keindahanyer...Turun je train menuju ke Universal Studio, hati rasa bagaikan berbunga2 tatkala melihat keadaan yg penuh warna warni, dekorasi yg cukup indah..bagikan kat hollywood...Rs x menyesal lgsung habiskan duit g sana..ngeh3~Sebelom masuk ke Universal studio pon da beratus gambar amik kat lua..hahahha..kat dalam apatah lagi..keh3~..ni salah satu gambar kat luar Universal Studio...

Kemudian dengan berbayar $72 dollar kami pon masuk la ke dalam Universal Studia yang penuh dengan dekorasi menarik ala~ kartun di hollywOod...Sungguh serOnok..Gambar??usah di ckp la..penuh la kamera sampai bateri low..ahahha..Bergambar mmg puas sb semua tempat bergambar, tp sb *time constraint ada bnyak game yg kami miss..tP x pe, yg penting gambar..gambar..gambar..ngeh3~mmg sonok...Nak kene rush sikit sb esok nyer ijad keje, so kene balik Jb balik..kalO ikutkan kami yg lain ni x kesah..mmg dtg utk bercuti je..heheh...maka tercipta lah gambar2 menarik...Antaranyer...










Lepas tawaf di Sentosa Island..Kami semua balik ke JB dan tdO di hotel Jb sb esok hari nyer mau masuk Singapore semula....(sambungan hari ke-2)

p/s:great holiday!even in short time but enjoy enough :D


Sepatutnya ini adalah entry ke-2 utk blog ku ari ni.namun, internet td prob menyebabkan semua ilang x sempat save...Aduyai...Bnyak lak tu tulis utk peristiwa semalam...xpe la,ada kelapangan jap lg,aku tulis semula...

Sekarang..perasaan rinduku nak balik kg ujung minggu ni membuak~buak..eheheh...Sudah lama x balik, kurang lebih 2 bln kot...ngeh3~Ari tu mak x sihat, ingat nak balik walopun kekurangan $..Tp dlm usaha nk balik, mak da sihat..sO alang2 balik sekaligus utk kenduri cukur jambul anak buah baru la~PUTERI ALESYA MARDIAHA~ yg selamat dilahirkan pada 25 Mac 2011 dengan kaedah operation...
Kehadiran beliau ke dunia agak tragis kerana mamanyer menghadapi komplikasi darah cair dan puteri alesya plak duduk songsang dlm perut yg membuatkan mamanya x boleh nk bersalin normal..Masa tu DR. ckp harapan 50-50..Hanya Allah yg tahu perasaan kami sekeluarga,namun berkat doa smua dan Allah telah menganugerahkan Puteri Alesya Mardiha dlm keluarga kami, seorang puteri yg cukup cute =)
Alhamdulillah semua kuasa Allah dan DIA tahu apa yg dilakukan.Segala yg terjadi ada hikmah yg kita x tau namun semuanya telah tertulis..Semoga kehadiran Puteri kedua ini akan membahagiakan lagi pada pasangan kakandaku Normalani & Abg Sabri serta puteri pertamanyer Puteri Aleyaa Maisara yg asik membuli adiknyer itu..hehehehe..

Insyaallah Sabtu ini, tanggal 23 April 2011, satu majlis kenduri cukur jambul yg sederhana akan di adalah di kampung halaman..Yang pastinyer akan meriah kerana akn buat doa selamat sekali utk ulang tahun kelahiran ayahandaku En Hasan Hj Sulaiman & Kekandaku Noriyne dan juga kenduri tahlil utk pemergian Nendaku yg genap 8 tahun..Semoga Allah memberkati majlis ini..Amin...

p/s: Di bawah ni adalah gambar Puteri Alesya Mardiha =)




Ini dia Puteri Alesya Mardiha bersama kakaknyer Puteri Aleeya Maisara yg asik berebut nk dukung..ngeh3~

Friday, April 15, 2011

PERJANJIAN

Sudah lama tidak berkesempatan utk menulis di blog ni...Maklumlah sejak kebelakangan ni agak bz sket...Students nak final..Insyallah Isnin ni dorang da stat Final...Doaku hanya mengharapkan yg terbaik utk mereka dan semoga mereka peroleh kecemerlangn kelak...Sebagai seorang warga pendidik, tiada yg lebih puas selain drp ank didiknya berjaya..Begitu juga lah aku, risau 10X ganda dr student yg nk amik exm..

Aku sudah bg yg terbaik,hanya tinggal usaha mereka sahaja.Semoha Allah membuka pintu hati dan mempermudahkan urusan mereka dlm mgulagkaji dan mnjwb exm kelak..amin...=)

Hari ni 16hb April..Rasanyer begitu cepat pula masa berlalu...tup..tup...sudah pertengahan April..DLm ms yg sama,aku menunggu jwpn pertukaran ke DUngun..Yer..dulu..ms awal2 dtg ke Perlis..hati ini meronta2 nk tukar..tp sekarang tidak lg..aku sudah selasa berada di PTSS ni...mungkin inilah yg di katakan ujian..bila ku rs selesa, ada plak org yg btl2 ingin tukar...Org DUngun nk tukar ke sini...Di sebabkan satu PERJANJIAN aku terpaksa akur....walaupon bkn 1 perjanjian rasmi, tp aku rs perjanjian tetap perjanjian..rs bersalah jika aku tidak menunaikan janji tersebut...Pada mula aku dtg sini, sku sudah berjanji dgn org tersebut mahu tukar kelak,jd bila permohonan pertukaran di buka, nak x nak aku harus isi borang itu dgn hati yg x rela...Kalo dulu mengharap 100% dpt tukar..sekarang tidak lagi..Aku berserah secara total kpd Allah yg maha esa utk menentukan segalanya..Aku yakin, DIA akn bg y terbaik buatku..

Jika rezeki ku sudah tertulis di sini,maka aku akan berada di sini...nmun..jika rezeki ku di Dungun,maka aku akan pindah ke Dungun menjelang JUN nanti...Wallahualam..Hanya DIA yang tahu segalanya....

;;